Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Mengejutkan! Murid Darjah Lima...

SEORANG murid berusia 11 tahun mengejutkan orang ramai apabila dilaporkan bersalin di sebuah klinik...

MPS Beli Minyak Masak...

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membeli minyak masak terpakai daripada peniaga dan...

Biar Betul.. Suami Tergamak...

MANUSIA zaman sekarang ni memang pelik-pelik betullah..Ada ke patut isteri sendiri pun nak...

Farra Bagaikan Puteri Bakal...

PENYANYI yang pernah popular dengan lagu Bagaikan Puteri sekitar dekad 1990-an, Farra tidak...

Lelaki Ada 15 Rekod Jenayah Didakwa Lagi

Kota Kinabalu : Lelaki yang memiliki 15 rekod jenayah pecah rumah, curi dan dadah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki senjata api tiruan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Jaccqres Kadau, 51, berasal dari Kampung Bingkor, Keningau membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Dia dituduh memiliki pistol tiruan yang bertulis ‘glock’ di dalam kereta jenis Proton Gen-2 di Damai Plaza di sini, pada 1.30 pagi, 8 Februari lalu.

Penemuan itu hasil pemeriksaan polis, yang turut menemukan sebilah samurai dan pelbagai peralatan disyaki untuk melakukan jenayah pecah rumah.

Dalam pemeriksaan itu juga ditemui sepasang baju operasi polis dan waran kad Konstabel Sukarelawan Polis (SSPDRM) yang pernah dilapor hilang di Kampung Tuavon, Penampang pada 4 Februari 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1969 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.


Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana melakukan kesalahan menagih dadah berulang.

Berdasarkan fakta kes, ujian saringan air kencing terhadap tertuduh ketika ditahan di IPD Kota Kinabalu mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine/ Methamphetamine.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Suzie@Stephanie Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kedua-dua kes pada 3 Mac 2023.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori