Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

Barisan Kabinet Baharu Sabah...

KOTA KINABALU: Rombakan Kabinet kerajaan Sabah yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji...

Bimbang Situasi Covid-19, Agong...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

SPR Nafi Terlibat Klip...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan penglibatannya dalam penerbitan sebuah...

Saya Hampir Putus Asa...

KESUKARAN untuk bernafas di dalam cuaca sejuk melampau sehingga -27 darjah Celsius membuatkan...

Lelaki Ditikam Pesakit Stabil, Selesai Pembedahan

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang cedera ditikam pesakit mental di Hospital Selayang semalam kini stabil selepas menjalani pembedahan di bawah pemerhatian Unit Rawatan Rapi hospital itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, pesakit yang menikam mangsa ditahan jururawat dan pegawai perubatan di sana sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, insiden itu berlaku di Jabatan Kecemasan dan Trauma, kira-kira pukul 3 petang.

“Mangsa tikaman kemudian diberi rawatan kecemasan dan menjalani pembedahan dengan kadar segera. Kini, pesakit dalam keadaan sedar dan stabil di hospital tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sha’ari, laporan polis dibuat pegawai perubatan yang menyaksikan kejadian tersebut.

“Kes itu masih dalam siasatan polis bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya.


Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pesakit mental di wad kecemasan dan klinik.

“Kejadian lelaki ditikam itu melibatkan pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis.

“Ia boleh terjadi di mana-mana dan kita akan mengkaji semula SOP berhubung pesakit mental bagi menjamin keselamatan pesakit lain di wad kecemasan dan klinik,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang menghidap demam denggi datang ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum diserang.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori