Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Saksikan Gerhana Bulan Penuh...

PORT DICKSON - Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama...

Penganggur Didakwa Bunuh Warga...

KLANG: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan...

Ubat Tidak Berdaftar Bernilai...

LABUAN - Jabatan Kesihatan Labuan merampas ubat-ubatan tidak diluluskan dan mengandungi racun berjadual...

EPL: West Brom Pecat...

LONDON - Kelab Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion sudah memecat pengurus pasukan,...

Lelaki Maut Kereta Terbabas Masuk Longkang

LUMUT – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang besar di Taman Desa Permai, Jalan Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 38 tahun dan memandu seorang diri meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Pegawai Bomba Kanan II Adde Noor Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.05 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta Perodua Kancil telah terbabas ke dalam parit sedalam kira-kira tujuh meter dan pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurutnya, pihaknya menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jelasnya, pasukan perubatan yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori