Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Hubungan Cinta, Baju...

PELAKON Nazrief Nazri, 25, mengakui dirinya tidak menyimpan sebarang perasaan cinta terhadap Emma...

Sekolah Terbabit Banjir Tidak...

KUALA LUMPUR - Sekolah yang ditutup kerana banjir besar penghujung tahun lepas tidak...

Cinta Antara Dua Darjat,...

SEORANG gadis, Madhu telah dibunuh oleh keluarganya hanya kerana dia bercinta dengan seorang...

JKR Sedia Peta Jalan...

KOTA BHARU - Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyediakan peta yang menunjukkan jalan...

Longgar Syarat Dapatkan Pekerja Asing Mampu Hapus Bayaran Mahal Ejen

ISKANDAR PUTERI : Kelonggaran mendapatkan pekerja asing dengan kelulusan diberi dalam tempoh tiga hari, dijangka mampu atasi isu monopoli ejen serta sindiket negara sumber yang meraih keuntungan melampau.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha@Mohd Yunus Sakmud, berkata langkah itu juga dijangka akan mengurangkan birokrasi pengambilan pekerja yang sebelum ini menyebabkan banyak permohonan mengambil masa yang lama untuk diluluskan.

“Langkah kelonggaran menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang diumumkan pada Januari lalu itu dijangka akan mengurangkan monopoli ejen serta sindiket negara sumber yang mengenakan bayaran terlalu tinggi bagi mendapatkan pekerja asing.

“Walaupun syarat pengambilan pekerja asing dilonggarkan syarat termasuk penangguhan penyediaan penginapan sehingga tempoh tertentu, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan membuat pemantauan selepas enam bulan. Ia bagi memastikan majikan patuh kepada syarat ditetapkan termasuk menyediakan penginapan pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja di kilang kanta lekap, Ciba Vision Sdn Bhd, di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Shakib Ahmad Shakir dan Pengurus Besar Ciba Vision, Dr James Jeyadeva.

Januari lalu, kerajaan dilaporkan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing untuk membenarkan majikan menggajikan pekerja asing dari 15 negara sumber berdasarkan kemampuan dan keperluan sebenar tanpa perlu melalui prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, melalui pelan ini, majikan dari tujuh sektor kritikal yang memerlukan pekerja asing boleh membuat permohonan secara terus melalui ejen dengan jaminan kelulusan diberikan dalam tempoh kurang tiga hari.


Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata, kelulusan itu diberikan secara bersyarat iaitu akan ada proses naziran dan inspektoran dengan tindakan pemantauan dan pemeriksaan daripada agensi kawal selia berkaitan.

Dalam pada itu, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, JTK akan membuat pemeriksaan mengejut ke kilang-kilang seluruh negara bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan penginapan pekerja terbela.

Katanya, menerusi intipan dan maklumat diperolehi kebanyakan pekerja yang ditindas adalah pekerja asing manakala pekerja tempatan yang dianiaya biasanya akan membuat aduan ke JTK.

“Saya menyeru majikan supaya sentiasa pastikan keselamatan, kebajikan dan penginapan pekerja sentiasa terjaga jika tidak mahu dikenakan tindakan tegas.

“Dalam operasi dilakukan JTK di Kluang baru-baru ini, kita sedih apabila mendapat maklumat pekerja sebuah kilang kayu diletakkan dalam penginapan tidak sempurna iaitu bilik sempit dengan katil tanpa tilam dan kotor.

“JTK akan membuat serbuan dan operasi mengejut terhadap kilang-kilang dan majikan di seluruh negara bagi memastikan majikan tidak menganiaya pekerja mereka,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori