PETALING JAYA, 24 Februari 2023 – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (“MalaysianGenomics” atau “Kumpulan”), pakar genomik dan biofarmaseutikal
terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan telah menjalin kerjasama strategik dengan Kensana Health Canada dan MAHSA University untuk penyelidikan dan pembangunan (“R&D”) produk fitofarmaseutikal dan bioteknologi yang boleh membawa kepada pengkomersilan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Kensana Health Canada ialah pakar bioteknologi yang memfokuskan kepada R&D rawatan kanabinoid dan pengurusan luka yang bekerjasama dengan syarikat fitofarmaseutikal multinasional Jerman.
Universiti MAHSA ialah universiti swasta Malaysia yang memberi tumpuan kepada sains kesihatan bersekutu dengan kampus seluas 48 ekar di Bandar Saujana Putra, Selangor dan populasi pelajar yang pelbagai dari 75 negara.
Kerjasama strategik itu melibatkan ketiga-tiga pihak yang menjalankan R&D bersama mengenai penambahbaikan spesies, pengenalpastian, perumusan dan ujian pra-klinikal bagi fitokompaun baru dengan potensi nilai terapeutik dan komersial, antara bidang lain.
Dato’ Alvin Joseph Nesakumar, Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics berkata, “Kumpulan mengalu-alukan kerjasama strategik ini dengan MAHSA dan Kensana untuk mengembangkan aktiviti R&D menggunakan rumusan berasaskan tumbuhan untuk menghasilkan hasil yang boleh dikomersialkan di negara di mana undang-undang membenarkan penggunaan cannabinoid ubat-ubatan.
Di Malaysia, terdapat juga langkah untuk mendaftarkan produk cannabidiol pada tahun ini.”
“Kami mempunyai pengetahuan pasaran dan kepakaran dalam pengedaran produk berkaitan penjagaan kesihatan manakala rekod prestasi kerjasama dan perkongsian kami akan membantu menyokong tumpuan Kumpulan pada perniagaan biofarmaseutikal untuk pertumbuhan dan kemampanan.
Kami juga mempunyai teknologi dan peralatan makmal yang diperlikan untuk menyokong usaha penyelidikan & pembangunan.”
Encik Ken Clement, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kensana Health Canada berkata, “Kami berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia Genomics dan MAHSA dengan menyediakan teknologi dan pengetahuan kami dalam memajukan usaha R&D.
Kami mempunyai pengetahuan proprietari serta teknik yang terbukti dalam tanaman dan resipi kanabinoid yang standard dan mempunyai pendekatan unik untuk
pengurusan luka di mana kami adalah peneraju dunia.”
Dato’ Dr. Shahril bin Tan Sri Prof. Datuk Haniffa, Pengarah Urusan Kumpulan bagi kumpulan syarikat MAHSA dan Universiti MAHSA berkata, “Kerjasama ini menghimpunkan pihak yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang mereka yang kami nantikan untuk bekerjasama dan berkongsi dalam bidang
yang universiti berminat untuk melihat diperluaskan.
Selain mengenal pasti sebatian bioaktif baharu dengan potensi kegunaan terapeutik, kerjasama itu termasuk menawarkan program pendidikan dan latihan kepada pihak berkepentingan, termasuk profesional kesihatan, institusi pendidikan dan hospital yang juga merupakan komponen penting dalam memajukan
sains kesihatan.”
-Mynewshub