Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ahli Parlimen Mexico Dibunuh...

GUADALAJARA, Mexico - Seorang ahli Parlimen Mexico diculik, kemudian bunuh dan dibakar selepas...

Ini Dia.. Roti Perancis...

Milan - Sekumpulan pembuat roti Itali dan Perancis berganding tenaga mencipta roti ‘baguette’...

Sultan Nazrin Berkenan Lawat...

SERDANG – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan...

Cemas, Bila Kepala Budak...

Kelakuan dan gelagat kanak-kanak sememangnya suatu perkara yang tidak boleh kita jangka, lagi-lagi...

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang rokok putih yang bernilai hampir RM250,000 dalam Op Serop di muara Sungai Besut, dekat di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, rampasan itu hasil serbuan ke atas sebuah lori di kawasan muara sungai itu pada pukul 3 pagi.

Menurutnya, kegiatan itu dipercayai didalangi rakyat tempatan yang dipercayai mengambil bekalan rokok putih tersebut dari negara jiran di tengah laut untuk pasaran tempatan.

“Sebelum serbuan, sebuah bot gentian kaca dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Pasukan berasingan kemudian menyerbu sebuah lori di kawasan muara dipercayai untuk mengambil bekalan rokok dari bot terbabit.


“Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa bungkusan plastik berisi rokok putih yang ditinggalkan suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Terengganu, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Khairulanuar, sindiket penyeludupan rokok putih secara haram disyaki semakin berleluasa di negeri itu susulan permintaan tinggi di pasaran semasa.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 yang mana lebih tinggi.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori