Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KPWKM Kesal Zahid Bangkit...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kesal dengan tindakan Presiden...

Lelaki Tembak Diri Sendiri...

KEGEMBIRAAN menyambut parti hari jadi bertukar menjadi sebaliknya apabila seorang lelaki telah menembak...

Mr. T Mungkin Dihukum...

BANGKOK - Seorang lelaki kelahiran Johor yang lebih dikenali dalam kalangan media Malaysia...

Kes Culik Ejen Produk...

TUMPAT: "Luluh hati mak cik tengok anak diheret di depan mata, hanya Allah...

Masih Ramai Enggan Berhenti Ketika Lampu Merah – JPJ

Bukit Mertajam: Tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya untuk berhenti ketika lampu isyarat merah masih rendah, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini, jabatan itu telah mengambil tindakan terhadap 57 pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang gagal mematuhi peraturan itu menerusi Ops Merah yang dijalankan selama tiga hari dan berakhir semalam.

Menurut JPJ negeri penguatkuasaan secara berfokus itu dilakukan di dua daerah iaitu di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Pulau Pinang menjalankan operasi itu ekoran aduan terdapat penunggang motosikal yang gagal berhenti ketika lampu isyarat merah dan kami akan meneruskan operasi tersebut dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.


JPJ Pulau Pinang turut mengingatkan pengguna bahawa pengabaian peraturan itu boleh mengakibatkan kemalangan termasuk kemalangan maut.

Selain kesalahan melanggar lampu merah, 22 kesalahan lain seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran dan tidak memakai topi keledar turut dikesan dalam operasi itu.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori