Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rahsia Hidup Melaram Dengan...

TAIPEI - Rahsia seorang wanita jelita popular kerana sering memaparkan gaya hidup mewah...

Negara Dilanda ‘Bencana Sosial’...

SHAH ALAM - Masyarakat di negara ini tidak lagi diuji dengan bencana alam...

Shahidan Kassim Dilantik Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi...

Aiman, Zahirah Dilamun Cinta?

KUALA LUMPUR - Sekeping gambar yang dikongsi bersama pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman...

Mat Rempit ‘Memekak’ Ditahan Polis

SHAH ALAM : Tindakan seorang ‘mat rempit’ ‘memekak’ menggunakan motosikalnya dekat Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini pada tengah malam tadi mengundang padah apabila ditahan polis ketika hendak melarikan diri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, lelaki berusia 19 tahun itu berjaya ditahan apabila terjatuh ketika membuat pusingan di lokasi berkenaan ketika dikejar Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Seksyen 9.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, URB diarahkan ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan terhadap sekumpulan pemilik motosikal di sana.

“Pada pukul 12.20 tengah malam, URB menerima arahan dari Pusat Kawalan Daerah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam (IDCC) untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam kerana ada sekumpulan kumpulan motosikal membuat bising.

“Dua unit Unit Rondaan Bermotosikal ( URB ) Balai Polis Seksyen 9 telah sampai ke lokasi dapati ada kumpulan motosikal berada di sana. Apabila URB sampai, suspek dikenalpasti membuat bising dengan bunyi eksoz yang kuat. Suspek cuba untuk melarikan diri dan terjatuh ketika cuba membuat pusingan,” katanya.


Beliau menambah, suspek dan motosikalnya dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Jelas Mohd. Iqbal, susulan penahanan mat rempit terbabit, polis mengeluarkan tujuh saman atas pelbagai kesalahan dan motosikal miliknya juga disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum itu, tindakan anggota pasukan URB yang menahan lelaki berkenaan dirakam dan dimuat naik oleh salah seorang daripada pengunjung dataran tersebut dalam media sosial.

Video berkenaan, kemudian tular dan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan anggota polis tersebut.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori