Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Liga M: Stadium SMZA...

KUALA TERENGGANU - Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA) di Gong Badak di...

Lelaki Myanmar Maut Dibunuh...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditikam rakan senegara dalam...

Lebih RM348 Juta Dikutip...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM348.46 juta berjaya dikutip melalui insentif diskaun bayaran balik...

2,814 Ditahan Dalam Ops...

SUNGAI PETANI - Polis menahan 2,814 individu termasuk 1,302 warga asing kerana dipercayai...

MB, KM Bincang Tarikh PRN Minggu Depan

GEORGETOWN: Menteri Besar dan Ketua Menteri dari enam negeri dijadual menghadiri mesyuarat pada minggu depan untuk membincangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun atau Julai tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata pertemuan itu bertujuan mendapat kata sepakat untuk keenam-enam negeri menentukan tarikh bersesuaian untuk pembubaran DUN di negeri masing-masing.

“Mesyuarat akan diadakan minggu depan dengan Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amiruddin Shari) yang mengambil inisiatif menganjurkan perjumpaan itu.

“Tempoh masa (pembubaran DUN) semakin hampir. Jika tiada perjumpaan itu sekali pun, PRN akan tetap diadakan dan mungkin sesuai berlangsung Jun atau Julai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, pemimpin PH negeri yang bermesyuarat sebelum ini bersetuju bahawa Jun adalah masa terbaik untuk mengadakan PRN kerana tempoh waktu singkat untuk membubarkan DUN.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini dilaporkan berkata pembubaran DUN negeri itu pada 1 Jun ini untuk memberi laluan kepada PRN.

Sebelum itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, turut menjangkakan pembubaran DUN Kedah selepas pertengahan Jun ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu selain Pulau Pinang dan Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini turut berpendapat PRN di enam negeri itu perlu dijalankan serentak bagi memudahkan penyelarasan tugas di negeri terbabit.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori