Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Dubai Ada Trak Makanan...

UNIK... Menariknya! Dapur terapung yang pertama di dunia berkonsepkan seumpama trak makanan bakal...

Kenapa Guan Eng Tak...

KAUM bukan faktor. Kami semua rakyat Malaysia. Begitulah laungan DAP selama ini. Setiausaha Agung...

Exco & ADUN PAS...

SHAH ALAM - PAS Selangor akur dengan ketetapan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat supaya...

Polis Siasat Video Penunggang...

SERDANG - Polis menjalankan siasatan terhadap sebuah video yang tular Ahad lalu menunjukkan...

MB Selangor Sedia Dedah Laporan Tanah Runtuh Batang Kali

AMPANG: Kerajaan Selangor sedia mendedahkan laporan penuh tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor kepada waris mangsa sekiranya menerima permohonan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata laporan terbabit disediakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Laporan daripada JMG sudah disediakan. Kalau ada permohonan kita boleh keluarkan secara bertulis.

“Insya-Allah, saya akan bawa ke mesyuarat EXCO dalam masa terdekat untuk kenal pasti mana punca kuasanya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di sini, hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut, keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor menggesa kerajaan segera mengeluarkan laporan penuh mengenai insiden itu.

Wakil keluarga mangsa, Loh Teng Shui, berkata mereka masih menunggu untuk mendapatkan jawapan mengenai apa sebenarnya berlaku.


Pada 19 Januari lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata laporan penuh mengenai kejadian itu dijangka siap pada akhir bulan lalu.

Laporan awal tragedi itu yang disediakan oleh JMG serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), dibentang kepada Kabinet pada 4 Januari lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada laporan berhubung insiden itu didedahkan kepada umum.

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember itu membabitkan jumlah mangsa maut kedua terbesar selepas kejadian Kondominium Highland Towers runtuh pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa.

Tragedi kira-kira jam 2.30 pagi di Batang Kali itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 terkorban termasuk 13 kanak-kanak.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori