Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Mati Direjam Dengan...

Sa Kaeo, Thailand - Polis sudah mengenal pasti sekumpulan remaja yang menyebabkan kematian...

Mustapa Hadiri Pemukiman Menteri...

CHIANGMAI - Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-22 bermula hari ini dengan menteri-menteri ekonomi...

Neelofa Akui Fazura Pesaing...

NOOR Neelofa dan Nur Fazura merupakan dua nama besar dalam industri seni tanah...

Erry Hidayat Ganti Hafifi...

KUALA LUMPUR - Biarpun masih muda, atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat diberi...

MOF Arah Tangguh Projek Jana Wibawa, Teliti Tatacara Perolehan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan telah mengarahkan projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, penangguhan projek yang melibatkan nilai RM5.7 bilion itu kerana terdapat unsur kaedah perolehan dibuat secara tender terpilih atau runding terus.

“Projek itu telah diberikan surat setuju terima (SST), dasar Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selaku Menteri Kewangan ialah bagi melihat semula sama ada tatacara perolehan dan tata kelola sesuatu perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Parlimen di sini pada Rabu.

Ahmad Zahid berkata, kementeriannya mengambil ketetapan agar tatacara perolehan diikuti sepenuhnya termasuk membuka tender-tender supaya projek itu dilaksanakan selepas proses tender disempurnakan.


Sementara itu, beliau berkata, KKDW tidak akan berkompromi terhadap pelaksanaan insfrastruktur di luar bandar terutama di kawasan terjejas banjir termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kita takkan berkompromi dari segi pelaksanaan terutama jeda waktu dan akan berikan keutamaan di kawasan terjejas banjir seperti jambatan runtuh, rumah terjejas dan minta pegawai kementerian dan agensi melaksanakannya dengan segera,” katanya.

Beliau berkata, KKDW juga berharap kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kementerian bagi memastikan setiap projek pembangunan dirancang berjalan mengikut garis panduan dan waktu ditetapkan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori