Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Yusoff Rawther Tiba Di...

KUALA LUMPUR - Bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther tiba di Bukit Aman...

(April Fool) Razer Hadir...

SERING sahaja ketika memainkan permainan video, salah satu perkara yang mungkin ingin dilakukan...

Surirumah, Menantu & Rakan...

SHAH ALAM – Seorang surirumah berusia 55 tahun, menantunya dan rakan lelaki itu...

Arab Saudi Bantu Tunisia...

ARAB SAUDI berjanji memberikan bantuan kewangan kepada Tunisa sebanyak kira-kira AS$830 juta, kata...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia termasuk Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Nazri yang juga graduan Lincoln’s Inn di United Kingdom dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.

Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018).

Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.


Selain Nazri, turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin dan Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Holy See, Hendy Anak Assan; Duta Besar Malaysia ke Sweden, Hafizah Abdullah; Duta Besar Malaysia ke Brazil, Gloria Corina Anak Peter Tiwet dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, Ruzaimi Mohamad.

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Republik Czech, Suzilah Mohd Sidek, Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Amarjit Singh Sarjit Singh dan Duta Besar Malaysia ke Kuwait ‘Alauddin Mohd Nor.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori