Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Tegaskan Tidak...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

Ingati Dan Contohi Nilai...

MELAKA - Anggota UMNO perlu mengingati dan mencontohi nilai ketaatan, kesetiaan dan ketulenan...

PM Najib Janji Terus...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan...

Rakyat Malaysia Antara Terbabit...

KUCHING - Episod perlanggaran sebuah bot di perairan Brunei yang meragut dua nyawa...

Nurul Izzah Bukan Lagi Penasihat Ekonomi Anwar

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri yang juga bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurutnya, beliau telah menerima pelawaan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican untuk menganggotai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

“Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahu pun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti Kerajaan.

“Rakyat Malaysia secara keseluruhan mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Nurul Izzah seterusnya berkata, beliau berharap khidmatnya membantu Mohd. Hassan berserta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara tercinta.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh Jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita,” katanya.

Pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri sebelum ini mengundang kritikan sebilangan pihak termasuk mengaitkannya dengan amalan nepotisme.

Anwar namun mempertahankan pelantikan itu dengan menegaskan Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun dan beliau yang mempelawa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori