Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan...

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 biasiswa ditawarkan menerusi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian...

Pelajar UTeM Reka I-Sajadah...

TIDAK dinafikan, sebagai umat Islam ada kalanya pernah mengalami masalah terlupa pada rakaat...

Petisyen Pengampunan Bukti Akui...

KUALA LUMPUR - Sekali pun keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemukakan petisyen...

Perlukah Ada Watak Pondan...

SUDAH 10 tahun ditayangkan, animasi popular Malaysia, Upin & Ipin masih lagi teguh...

Objek Misteri Ditembak Jatuh Di Ruang Udara Kanada

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengesahkan sebuah objek tidak dikenali ditembak jatuh di ruang udara barat laut negaranya, sehari selepas Amerika Syarikat (AS) memaklumkan menembak jatuh objek sama di Alaska.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Trudeau menerusi ciapan di laman Twitter berkata, sebuah jet pejuang AS menembak jatuh objek misteri dalam operasi ketenteraan bersama antara AS dan Kanada.

“Pesawat Kanada dan AS diterbangkan ke lokasi dan pesawat AS, F-22 berjaya menembak objek berkenaan,” jelasnya.

Pihak berkuasa penerbangan menutup sebahagian ruang udara di barat laut Montana selepas mengesan anomali radar sebelum membukanya semula kepada lalu lintas udara komersial beberapa jam kemudian.

“Objek yang ditembak jatuh di itu berbentuk silinder kecil.

“Objek itu terbang pada ketinggian kira-kira 12,200 meter, secara tidak sah memasuki ruang udara Kanada dan menimbulkan ancaman yang munasabah kepada keselamatan penerbangan awam,” kata Menteri Pertahanan Kanada, Anita Anand.

Trudeau berkata, beliau sudah bercakap dengan Presiden AS, Joe Biden berhubung perkara berkenaan.


Sementara itu, Pemerintah Utara Tentera AS dalam satu kenyataan berkata, objek terbabit ditembak jatuh di ruang udara Yukon yang bersempadan dengan Alaska semalam, di mana objek sama turut ditembak pesawat tempur AS pada Jumaat lalu.

“Aktiviti mengesan serpihan objek sedang dilakukan namun Pentagon tidak boleh mendedahkan perincian objek itu termasuk keupayaan, tujuan serta asal usulnya,” katanya.

Bulan lalu, AS menembak jatuh objek dipercayai belon perisikan milik China sehingga menimbulkan ketegangan diplomatik dengan Beijing.

Belon gergasi dilengkapi peralatan elektronik yang disifatkan Pentagon sebagai objek perisikan, terbang merentasi Kanada dan AS sekali gus menimbulkan pertikaian diplomatik dengan China yang mengesahkan objek berkenaan adalah miliknya.

Belon terbabit terbang memasuki ruang udara AS di Alaska pada 28 Januari lalu sebelum ditembak jatuh di Laut Atlantik berhampiran South Carolina.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori