KUALA LUMPUR : Kadar faedah yang dikenakan syarikat pinjaman berlesen di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara lain.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, bagaimanapun pihaknya tidak bercadang meningkatkan kadar faedah tersebut bagi melindungi kepentingan peminjam khususnya.
“Jika dibuat perbandingan, Hong Kong sebanyak 24 sehingga 60 Peratus, Singapura 20 peratus, Malaysia hanya 12 ke 18 peratus. India pula 21 peratus.
“Sebenarnya di Malaysia, faedah kredit komuniti adalah paling rendah dan kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan kadar faedah bagi melindungi hak pengguna dan perniagaan berlesen ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) meminta menteri menjelaskan perlindungan kepada para peminjam khususnya golongan anak muda.
Setakat ini, sebanyak 4,817 lesen syarikat pinjaman berlesen yang aktif dan 60 peratus daripadanya adalah bumiputera.
-Utusan Online