Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tren LRV Jalani Ujian...

KUALA LUMPUR - Tren enam gerabak pertama kenderaan rel ringan (LRV) Prasarana Malaysia...

Banjir Di Tenom Surut,...

BEAUFORT - Tiga kampung diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air di Sungai...

PRU15: Proses Pengundian Bermula

KUALA LUMPUR : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula secara...

Wanita Tertelan Sudu Besi...

China - Macam-macam hal berlaku di China. Jika sebelum ini terdapat kes wanita...

PBB Rayu Lebih Banyak Bantuan Antarabangsa Untuk Turkiye Dan Syria

ISTANBUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu lebih banyak bantuan untuk Turkiye dan Syria apabila jumlah kematian akibat dua gempa bumi yang dahsyat melebihi 21,000 orang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor portal independent.co.uk, wakil khas PBB untuk Syria, Geir Pedersen berkata, bantuan untuk menyelamatkan nyawa amat diperlukan oleh orang awam di mana sahaja mereka berada tanpa mengira sempadan.

“Kami memerlukannya dengan segera, melalui laluan terpantas, paling langsung dan paling berkesan. Mereka memerlukan lebih daripada segala-galanya,” katanya.

Pengakuan itu dibuat ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa mangsa yang terselamat daripada gempa bumi di seluruh Turkiye dan Syria akan berdepan ancaman bencana kedua jika bantuan tidak sampai kepada mereka tidak lama lagi.


Setakat ini, pencarian mangsa yang terselamat dihalang oleh suhu di bawah sifar dan hampir 200 gegaran susulan yang menyebabkan pencarian melalui struktur yang tidak stabil, berbahaya.

The Independent turut merayu pembaca untuk menderma dengan semua dana yang dikumpul akan disalurkan kepada Jawatankuasa Kecemasan Bencana.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori