Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Proton: Era Lenjan Wang...

KEPUTUSAN sudah dicapai, DRB Hicom bakal menjual 49.9 peratus ekuitinya kepada Geely. Perkara ini bakal...

Ter’over’ Gurau, Zizan Razak...

SUSULAN 'terlajak' gurau, pelawak dan pelakon Zizan Razak memohon maaf kepada Datuk Hans...

19,175 Pembeli Hartanah PKNS...

SHAH ALAM - Sebanyak 19,175 pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) belum...

Hanya Kerana Menyanyi Pelajar...

BEIJING - Seorang pelajar universiti di China mati ditikam rakan sebilik di asramanya...

Pegawai Kanan Polis Maut, Kereta Rempuh Tiang Lampu

Tumpat : Pegawai kanan polis maut selepas kenderaan dipandu terbabas dan merempuh tiang lampu di Kampung Bendang Morak, di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian 11.20 malam itu, mangsa, Inspektor Chong Yeong Ren, 29, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Terbak dari Wakaf Bharu.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas beberapa meter sebelum merempuh dua tiang lampu di kiri jalan sehingga kereta yang dipandu terbalik.

“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mendiang meninggalkan balu, Goh Jia Ying, 29, dan anak lelaki, Chong Ee Sza yang baru berusia tiga bulan.

Muhamad Zaki berkata, mendiang mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2019 dan menunjukkan prestasi tugas yang amat membanggakan sepanjang berkhidmat di IPD Tumpat.

“Mendiang juga seorang yang senang bergaul dengan pegawai atasan dan anggota bawahan selain amat disenangi oleh segenap lapisan warga IPD Tumpat,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori