Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Susur Keluar Port Dickson...

SEREMBAN – Jalan susur keluar Plaza Tol Port Dickson arah utara akan ditutup...

Abim Gesa K’jaan Keluarkan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Kementerian Luar mengambil tindakan...

HFMD: 2 Sekolah Di...

GEORGE TOWN - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shih Chung (Cawangan) dan Sekolah...

Bocor! Aplikasi Mobil Paling...

BERITA hangat buat pelajar-pelajar sekolah! Satu aplikasi mobil yang bakal muncul pada awal...

Peguam – Mahkamah Tergesa-Gesa Dalam Kes Rayuan SRC Najib

Mahkamah Persekutuan “tergesa-gesa” semasa perbicaraan rayuan kes rasuah SRC International membabitkan penyelewengan RM42 juta oleh Najib Razak tahun lalu, dakwa peguam utama bekas perdana menteri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini – yang dipengerusikan oleh Hakim Besar, Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli – bahawa ini ketara apabila panel hakim tertinggi sebelum ini tidak membenarkan permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan selama antara tiga hingga empat bulan.

Semasa permohonan semakan Najib untuk mengketepikan keputusan bersalah yang dijatuhkan ke atasnya dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes rasuah SRC, Shafee mendakwa bahawa panel hakim sebelum ini – yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat – telah terkhilaf kerana tidak membenarkan permohonan oleh peguam bekas menteri kewangan itu untuk penangguhan.

Shafee memberitahu panel hakim sekarang – yang juga dianggotai oleh hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais – bahawa panel ketika itu juga terkhilaf apabila tidak membenarkan peguam Najib ketika itu Hisyam Teh Poh Teik menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.

Shafee berhujah bahawa Hisyam terpaksa menarik diri kerana dia tidak bersedia untuk mengendalikan rayuan kes SRC, selepas panel hakim sebelum ini menolak permohonan penangguhan.

Peguam itu menegaskan bahawa ini menyebabkan Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil tahun lalu kerana Hisyam terpaksa meneruskan tugasnya tetapi tidak sempat mengemukakan hujahan.

Menurut Shafee, keengganan Mahkamah Persekutuan membenarkan penangguhan itu menyebabkan Najib diwakili peguam yang tidak berkesan (peguam terdahulu tidak dapat membuat persediaan untuk rayuan).


“Ini adalah kali pertama berlaku. Apabila rayuan dibuat, terdapat pertukaran peguam,” dakwa Shafee berhubung tindakan Mahkamah Persekutuan tahun lalu yang tidak membenarkan penangguhan itu.

“Kehadiran Hisyam Teh Poh Teik sekadar hiasan…

“Kenapa mahkamah tergesa-gesa? Saya tahu kadangkala peguam bela menggusarkan mahkamah apabila meminta penangguhan dan mahkamah adalah pakar dalam menangani perkara sedemikian, tetapi ini adalah perkara yang perlu ditangani oleh mahkamah dan bukan dengan menafikan penangguhan tetapi melalui cara lain, untuk mematuhi peraturan keadilan semula jadi,” kata Shafee.

Peguam bela utama itu kemudiannya mula mengemukakan dakwaan bahawa Najib beranggapan bahawa dia tidak mendapat keadilan semasa rayuan kes SRC International memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin hampir.

Panel mahkamah tertinggi ketika itu menolak rayuan kes SRC Najib pada 23 Ogos tahun lalu, manakala parlimen dibubarkan beberapa bulan kemudian pada 10 Oktober dan diikuti PRU15 pada 19 November.

Bagaimanapun, penghujahan lisan berkaitan PRU15 ini membawa kepada bantahan yang dibangkitkan oleh timbalan pendakwa raya V Sithambaram.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori