Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

“Pilih Saya Atau Isa”...

KUALA LUMPUR - Krisis dalaman anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings Berhad...

Tidak Salah Kenakan Caj...

MELAKA : Caj potong ayam sebanyak 60 sen yang dikenakan peniaga kepada pelanggan...

Varian Baharu Covid ‘mengganas’...

LONDON – Satu varian Covid-19 yang lebih menular mula mendominasi kes di kebanyakan...

Diesel Naik 5 Sen,...

KUALA LUMPUR - Harga diesel naik 5 sen, kepada RM2.20 seliter, manakala petrol...

Pejuang Palestin, Askar Zionis Berbalas Serangan Udara

BANDAR GAZA – Tentera Israel dan pejuang Palestin saling bertukar serangan udara dan tembakan roket di sekitar Gaza hari ini, sehari selepas serbuan ganas dilakukan askar Zionis di Tebing Barat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seramai 11 penduduk Palestin termasuk seorang remaja berusia 16 tahun terbunuh dalam serbuan itu selain lebih 80 orang cedera akibat terkena tembakan semalam apabila tentera Israel menyerbu bandar Nablus.

Seorang pegawai tertinggi Palestin, Hussein Al Sheikh menyifatkan serbuan itu sebagai pembunuhan besar-besaran serta mendesak perlindungan antarabangsa diberikan kepada rakyat Palestin.

Sebelum waktu subuh hari ini, pasukan pejuang Palestin membalas serangan Zionis dengan melancarkan enam roket dari Gaze ke Israel.

Tentera Israel mendakwa, ia memintas lima daripada serangan itu manakala satu daripadanya jatuh di kawasan lapang.


Pejuang Palestin, Jihad Islam mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu manakala dua jam kemudian, tentera Israel melancarkan serangan udara ke arah beberapa sasaran di Gaza yang membebaskan kepulan asap hitam ke udara.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, kesemua 11 individu yang terbunuh dalam serbuan semalam adalah kesan daripada tindakan tidak berperikemanusiaan penceroboh Zionis di Nablus.

Mereka berumur antara 16 hingga 72 tahun.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori