Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anak Jackie Chan Ditangkap...

Beijing – Anak pelakon terkenal Jackie Chan iaitu Jaycee, ditangkap selepas polis menemui...

Majoriti Rakyat Dijangka Fahami...

KUALA LUMPUR - Kebanyakan anggota masyarakat dijangka memahami implikasi cukai barang dan perkhidmatan...

Serang Pengadil, Budak 11...

SEORANG budak lelaki yang baru berusia 11 tahun berhadapan dengan hukuman digantung seumur...

JBPM Ambil Langkah Penjimatan...

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menganggarkan bayaran untuk penambahan anggota...

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), dibuat oleh kerajaan lalu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri berkata, pelantikan itu juga sudah disahkan oleh AS, sekali gus menyebabkan pentadbirannya terpaksa meneruskannya kerana pembatalan pelantikan akan menimbulkan pelbagai masalah lain.
“Lantikan ini dibuat hampir setahun yang lalu, dan mengambil masa enam bulan untuk AS mengesahkan.
“Jadi, bila saya datang, melainkan ada hujah yang terlalu keras menentang, maka kerajaan sekarang hanya mengesahkan kerana membatalkan itu menimbulkan banyak masalah.
“Proses pengesahan oleh AS agak panjang. Setelah (pelantikan Nazri) disahkan dan saya ambil alih (kerajaan), saya hanya mohon Yang di-Pertuan Agong tangguhkan sedikit (pengurniaan) watikah supaya saya susun dulu jemaah menteri, dan saya harus maklumkan kepada jemaah menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Perdana Menteri mengulas beberapa kritikan terhadapnya susulan pengumuman Kementerian Luar bahawa Nazri adalah seorang daripada 10 ketua perwakilan diplomatik Malaysia yang menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Menurut laporan sebuah portal berita, antara yang mengkritik pelantikan Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke AS adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Abdul Karim yang menegaskan jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa.
Khabar mengenai pelantikan Nazri sebagai duta sudah kedengaran sejak awal tahun lalu, namun ketika itu namanya dicadangkan sebagai Duta Besar Malaysia Ke Switzerland, yang diusulkan ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.
Pengesahan selepas itu datang dari Nazri sendiri yang tampil menjelaskan terpaksa menolak jawatan itu kerana perlu melepaskan keanggotaannya sebagai Ahli Parlimen. Kementerian Luar turut menafikan pencalonan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland ditolak negara itu.
Mengulas lanjut, Anwar menyarankan pihak yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu untuk mendapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu sebelum bertindak menyerangnya secara semberono.
“Orang nak tegur boleh tapi serangan itu keras, seolah-olah kita yang bertanggungjawab.
“Boleh tegur tapi ambillah maklumat atau tanya dulu. Kalau cabar Perdana Menteri beri penjelasan tak apalah, jangan hukum dulu,” katanya.
-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori