Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MKN Sabah Hantar Pulang...

SANDAKAN - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menghantar pulang seramai 490 Pendatang Asing...

Ingat Penyokong Myanmar, Megat...

KECOH apabila netizen dikejutkan dengan penularan sebuah video yang memaparkan penyokong Myanmar teruk...

Dua Pasangan Kembar Ceria...

ALOR SETAR - Dua pasangan kembar yang mendaftar masuk Tahun Satu di Sekolah...

Jumlah Pelancong Ke Singapura...

SINGAPURA – Ketika Malaysia bergembira meraikan kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan kedatangan lebih...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang dikerat ditemukan di sebuah rumah sewa di Hong Kong, menurut polis tempatan hari ini, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas suami Choi, Alex Kwong, 28, ditahan di terminal feri di pantai barat laut Pulau Lantau, Hong Kong hari ini dan pihak berkuasa turut merampas wang tunai 500,000 dolar Hong Kong (RM282,480) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (RM2,261,619).

Ibu bapa Kwong dan adik lelakinya berusia 31 tahun telah pun didakwa kerana membunuh model berusia 28 tahun itu. Mangsa dilaporkan hilang pada Selasa.

Bekas bapa mertua Choi dipercayai menjadi dalang pembunuhan itu yang dikaitkan dengan harta bernilai jutaan dolar.

Awal minggu ini, pihak berkuasa telah menemukan kaki mangsa yang disembunyikan di dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Kampung Lung Mei. Polis turut menemukan tisu manusia dalam periuk sup.


“Kami masih mencari kepala, badan dan tangan yang kami percaya telah dilupuskan,” kata Superintendan unit jenayah wilayah Kowloon West, Alan Chung kepada pemberita Sabtu.

Pihak berkuasa percaya isu kewangan antara motif utama dalam pembunuhan itu.

“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai pertikaian berkaitan kewangan yang melibatkan jumlah banyak. Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya,” kata Chung.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori