Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

UMNO Berhasrat Ambil Enam...

BUTTERWORTH - UMNO Pulau Pinang berhasrat mengambil enam daripada 13 kerusi Dewan Undangan...

Isu Rasuah Azmin, SPRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menemui pengacara TV Azwan...

Jalan Pesisir Tingkatkan Ekonomi...

KUCHING - Pembinaan jambatan bagi menghubungkan jalan pesisir pantai di negeri Sarawak akan...

33,406 Kes Covid-19, 67...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 masih kekal melepasi angka 30,000 dengan semalam sebanyhak 33,406...

Pemilihan MCA Bermula April

Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Chong berkata pemilihan di peringkat pusat akan diumumkan kemudian bagi mengelakkan kemungkinan pertindihan tarikh bagi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini.

“(Pemilihan ahli) peringkat pusat kalau tidak ada apa-apa perubahan (tarikh), ia (pemilihan) akan adakan pada bulan September,” katanya pada sidang media di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Chong proses penamaan calon di peringkat cawangan seluruh negara akan diadakan pada 20 April bermula 5 petang hingga 8 malam manakala pemilihan melibatkan sayap Pemuda dan Wanita ditetapkan selama dua hari bermula 29 April.

Bagi proses penamaan calon di peringkat bahagian termasuk Pemuda dan Wanita pula, Chong berkata ia akan diadakan pada 1 Jun manakala proses pemilihan pula ditetapkan selama dua hari bermula 10 Jun.


Menurut Chong proses pemilihan parti dibuat mengikut Perkara 167 Perlembagaan MCA yang memperuntukkan ia mesti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

Chong berkata satu Jawatankuasa Pemandu Pemilihan MCA 2023 telah dibentuk bagi memastikan kelancaran proses penamaan dan pemilihan yang diketuai olehnya.

Katanya senarai ahli-ahli MCA yang layak mengundi akan diberikan kepada Pengerusi Perhubungan MCA di setiap negeri semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-74 di Wisma MCA pada 4 Mac ini.

Chong berkata pada hari tersebut Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akan turut melancarkan sebuah buku berjudul ‘MCA dari Perikatan ke Barisan Nasional’ terbitan Pusat Kajian Sosial dan Ekonomi Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori