ANTAKYA: Anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan ketika jumlah kematian akibat gempa bumi yang dahsyat di Türkiye dan Syria meningkat melebihi 5,000 orang.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pasukan penyelamat turut berusaha keras menjalankan kerja di bandar Antakya di Turkiye berhampiran sempadan Syria, di mana bangunan 10 tingkat runtuh menyembah bumi.
Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu melanda Türkiye dan negara jiran Syria pada awal pagi Isnin, menumbangkan beribu-ribu bangunan termasuk banyak blok pangsapuri, hospital dan menyebabkan ribuan orang cedera dan kehilangan tempat tinggal.
Di Türkiye, jumlah kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,419.
Angka kematian di Syria yang telah musnah akibat perang selama lebih 11 tahun, berjumlah lebih 1,600 orang.
UtusanOnline-