Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tengku Permaisuri Selangor Kesal...

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa kesal berhubung...

Pegawai Bank, Suami Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes...

5 Berita Pelik Dan...

SEJURUS selepas berakhir Pilihan raya Umum ke-14, suasana kelam-kabut sekejap dan kemudian kembali...

Beli Nombor Ekor, Cari...

Melaka : Hasrat dua lelaki termasuk warga emas mencari duit lebih untuk perbelanjaan...

Penurunan Harga Cukai Jalan Beri Impak Negatif – Loke

KUALA LUMPUR : Sebarang keputusan untuk menurunkan harga cukai jalan akan memberi impak negatif kepada kerajaan kerana kutipan dalam segmen itu saja menyumbang hasil yang besar kepada negara iaitu hampir RM3 bilion setahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sehingga kini belum ada keputusan untuk menurunkan harga cukai jalan, namun pihaknya akan mempertimbangkan supaya struktur harganya dikaji semula.

“Memang perlu satu kajian yang menyeluruh untuk melihat struktur cukai jalan, namun perlu difahami bahawa kutipan cukai jalan adalah satu hasil yang besar kepada kerajaan.

“Hasil cukai jalan saja hampir RM3 bilion untuk (hasil) kerajaan. Jadi, berikutan keadaan kekurangan hasil yang sedang dihadapi, sebarang keputusan untuk menurunkan cukai jalan itu memang akan memberi impak negatif,” katanya pada sesi penggulungan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini.

Pada masa sama, Loke berkata, bagi cukai jalan kenderaan elektrik (EV) pula, satu kajian menyeluruh akan dilakukan bagi struktur harganya supaya ia selari dengan dasar kerajaan yang mempromosikan penggunaan kenderaan jenis itu.

Katanya, dalam usaha menggalakkan penggunaan kenderaan EV, pelbagai insentif perlu ada dari segi harga cukai yang kompetitif, kemudahan stesen caj dan fasiliti.

Sementara itu, beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan penalti kewangan kepada syarikat penerbangan atau tindakan lain yang bersesuaian dengan syarat lesen atau permit yang ditetapkan.


Katanya, ia bagi memastikan syarikat penerbangan mematuhi jadual penerbangan yang ditetapkan.

“Cadangan ini boleh dilaksanakan dengan perubahan atau tambahan kepada syarat lesen atau permit sedia ada, tindakan tegas seperti ini boleh diambil bagi memastikan kejadian pembatalan atau penjadualan semula penerbangan tidak lagi berulang,” katanya.

Mengenai cadangan kerajaan meletakkan harga lantai untuk perkhidmatan e-hailing, Loke berkata, bayaran pemandu adalah membabitkan urusan perniagaan.

“Sebarang penetapan bagi mengawal selia kadar tambang ini memerlukan kajian yang terperinci kerana membabitkan kepada pindaan Akta 715 dan juga peraturan kadar tambang untuk dibawa ke Parlimen bagi tujuan kelulusan.

“E-hailing adalah industri gig ekonomi di mana hanya berdasarkan konsep ‘market driven’ bagi menjalani kelestarian industri. Kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah keperluan pasaran dan tumpuan adalah diberikan kepada isu kebajikan dan keselamatan pemandu dan penumpang,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori