Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Kelakar.. ‘Prank’ Polis...

Kelakar ! 'Prank' gaduh sehingga berbogel di tempat awam ini sememangnya satu tindakan...

Pilih “Dacing” & Malaysia...

KUALA LUMPUR - Semua mata tertumpu terhadap individu penting hari ini, Datuk Seri...

Kemasukan 600 Konstabel Wanita...

KENYATAAN berhubung pembatalan kemasukan 600 konstabel wanita oleh ‘pesara kontabel wanita’ yang lepas...

JBPM Buka Pengambilan 253...

BACHOK - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan kini membuka permohonan bagi...

Penurunan Kadar Cukai Pendapatan Individu Beri Lebihan Duit Poket – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR : Pengurangan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak dua peratus dalam Belanjawan 2023, secara relatifnya dapat memberikan lebihan duit poket kepada golongan yang terbabit, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, walaupun lebihan hingga RM1,300 itu bukan dalam bentuk tunai, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan kesejahteraan kepada mereka yang terbabit, kerana lebihan yang ada boleh mengurangkan bebanan kos sara hidup keluarga masing-masing.

“Umpamanya, untuk mengurangkan kos pengurusan keluarga ekoran pertambahan jumlah ahli keluarga serta untuk mengurangkan perbelanjaan persekolahan anak, seperti dalam soal pembelian buku teks anak kerana kita lihat itu termasuk dalam pengurangan kos bebanan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif mengenai Belanjawan 2023 di Nasional FM, di Angkasapuri, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata bermula tahun ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus membabitkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000.

Perdana Menteri berkata, pengurangan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 2.4 juta pembayar cukai, sekali gus menambah pendapatan boleh guna golongan M40 sehingga RM1,300.


Ahmad Zahid berkata, penurunan kadar cukai itu juga penting, kerana selari dengan hasrat Perdana Menteri untuk mengeluarkan rakyat dalam kelompok B40 dan M40 daripada kesempitan dan kekangan pengurusan kewangan.

“Kalau kita lihat dalam struktur masyarakat, kumpulan T20 merangkumi kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia memperoleh pendapatan pada paras tertentu, kumpulan M40 berpendapatan menengah dan sederhana serta B40 berpendapatan rendah.

“Namun selepas pandemik COVID-19, kumpulan M40 mungkin hanya tinggal 20 peratus iaitu menjadi M20 kerana yang kononnya berpendapatan menengah dan sederhana itu berada di kumpulan B40. Jadi kumpulan B40 mungkin sudah menjadi kumpulan B60.

“Oleh itu, bagaimanakah kaedah terbaik untuk membantu? Maka dalam keadaan itulah, apa yang dihasratkan Perdana Menteri ialah untuk mengeluarkan semua mereka dalam kumpulan M40 ini daripada kesempitan dan kekangan pengurusan kewangan keluarga, maka langkah-langkah ini (penurunan kadar cukai) dilakukan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori