Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jalan Kampung Di Kuala...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penduduk di Kampung Sematang Tepi Laut dan Kampung...

UPM Tangga Ke-10 Terbaik...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi universiti pertama di Malaysia tersenarai...

3 Pusat Pemindahan Masih...

BUKIT MERTAJAM - Tiga pusat pemindahan banjir masih beroperasi di Pulau Pinang yang menempatkan 68 mangsa dari dua...

19 Bangkai Penyu Ditemui...

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa menemui 19 bangkai penyu hijau di Pulau Tiga...

PM Jelaskan Isu Peruntukan Ahli Parlimen Ahad Ini

ISKANDAR PUTERI : Isu peruntukan pembangunan kepada ahli Parlimen yang akan dikurangkan tahun ini, dijangka menjadi antara isu utama dibangkitkan pada sesi pemukiman ahli Parlimen Kerajaan, Ahad ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata seramai 148 ahli Parlimen blok kerajaan akan terbabit dalam sesi pemukiman di Putrajaya sebelum Dewan Rakyat mula bersidang keesokannya.

“Tunggu jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada sesi pemukiman itu (isu pengurangan peruntukan Ahli Parlimen tahun ini).

“Pastinya soal peruntukan pembangunan ahli Parlimen akan dibangkitkan pada sesi pemukiman yang sebelum ini disebut sebagai sesi taklimat.

“Biasanya sehari sebelum sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kerajaan akan mengadakan pertemuan atau sesi taklimat, namun kali ini, sesi itu akan lebih panjang dan dibuat dalam bentuk pemukiman di Putrajaya, Ahad ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menyifatkan pemotongan peruntukan pembangunan daripada RM3.8 juta kepada 1.3 juta adalah tidak mencukupi susulan kawasannya berada jauh di pedalaman dengan cabaran geografi dan keluasannya menyamai Pahang.


Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu dilaporkan berkata, pemotongan itu akan memberi cabaran lebih besar bagi ahli Parlimen mengurus tadbir kepelbagaian keperluan penduduk dan penambahbaikan infrastruktur di kawasan diperlukan oleh rakyat.

Jumaat lalu, Anwar dilaporkan mengesahkan pengurangan elaun pembangunan ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Ahli Parlimen Tambun itu dilaporkan berkata, pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, sesi dialog Belanjawan 2023 cukup penting dalam mendapatkan maklum balas dan cadangan rakyat.

Katanya, MOF sudah selesai mengadakan libat urus kumpulan fokus membabitkan isu pendidikan, kesihatan, luar bandar, pekerjaan dan belia.

“Selepas ini, saya akan ke Perak untuk mengadakan sesi dialog Belanjawan 2023 di sana. MOF sudah ke tiga negeri sebelum ini iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Johor hari ini bagi mendapatkan maklum balas.

“MOF tidak mungkin sempat ke semua negeri memandangkan Belanjawan 2023 akan dibentangkan pada 24 Februari namun sesi dialog ini akan diteruskan untuk Belanjawan 2024,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori