Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lebih 50% Ditahan Kes...

KOTA BHARU - Sebanyak 55.2 peratus daripada jumlah tangkapan dari 2013 hingga Mei...

Prasekolah, Tabika Dibuka Bermula...

KUALA LUMPUR - Semua prasekolah dan tabika akan dibuka kembali bermula 1 Julai...

Ivory Lancarkan Kad Keistimewaan...

GEORGETOWN - Syarikat pemaju dari Pulau Pinang, Ivory Properties Group Bhd (Ivory) telah...

HK Lumpuh Dibadai Nida,...

HONG KONG - Taufan Nida membadai Hong Kong awal pagi Selasa, dengan angin...

Polemik Perarakan Himpit 2023: Polis Sudah Ambil Keterangan 12 Individu

KUALA TERENGGANU: Polis sudah memanggil 12 individu, termasuk penganjur program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023, bagi membantu siasatan berhubung perarakan membabitkan replika senjata di Setiu pada Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata mereka yang diambil keterangan itu meliputi ahli jawatankuasa program berkenaan.

“Sebahagian lagi peserta HIMPIT 2023 juga akan dipanggil nanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) dilapor menganjurkan program HIMPIT 2023 di daerah Setiu dengan dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, himpunan itu yang dikata diadakan DPPNT sebagai acara tahunan sejak 1991, mencetuskan polemik apabila peserta berarak sambil membawa replika senjata.

Namun, Ketua DPPNT, Mohd Harun Isa, dilapor menjelaskan bahawa peserta mengikut tema perarakan dan ia sama seperti pertandingan pakaian beragam dianjurkan di seluruh negara.


Mohd Harun berkata, tiada istilah keganasan dan provokasi, sebaliknya perarakan itu menggambarkan kreativiti peserta mempamerkan idea masing-masing.

Semalam, Rohaimi dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kesalahan dilakukan penganjur dalam perarakan HIMPIT 2023.

Mengulas lanjut, Rohaimi memaklumkan setakat ini, polis sudah menerima tiga laporan terhadap program HIMPIT 2023, terutama membabitkan peserta berarak sambil membawa replika senjata.

“Laporan terbaharu dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, hari ini,” katanya sambil menegaskan semua laporan akan disiasat.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori