Kuantan : Banjir di Pahang pulih selepas tujuh mangsa terakhir yang menghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Baru Pertanian di Maran, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, hari ini.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
PPS itu ditutup pada 12 tengah hari, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang.
Bagaimanapun, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan masih melepasi paras bahaya, manakala Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran di paras amaran.
Ia meletakkan penduduk di kawasan berisiko sentiasa berjaga-jaga.
-Harian Metro