Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Anggota Parlimen Disaran Tanam...

KUALA LUMPUR - Setiap anggota Parlimen disaran menanam satu pokok di sekitar bangunan...

Rakyat Tolak Naratif Politik...

JOHOR BAHRU – Kemenangan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen...

Pelawak Hazmeer Perlu RM18,000...

PELAWAK Hazmeer Hassan berhadapan ujian besar apabila cahaya mata pertamanya berdepan masalah jantung...

Jaringan Modric Memang Gol...

PARIS - Pengendali Croatia, Ante Cacic menyifatkan gol Luka Modric sebagai 'gol ajaib'...

Pulau Pinang, 5 Negeri Sepakat Bubar DUN Jun, Ini Reaksi Setiausaha Agung DAP

PELABUHAN KLANG : Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam mengumumkan Selangor bersama lima negeri lain, termasuk tiga di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam tempoh dua minggu terakhir Jun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pembubaran itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terbabit, masing-masing tiga di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta tiga di bawah PN, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Amirudin turut memaklumkan, kesepakatan itu dicapai pada pertemuan beliau dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Mengulas perkara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, melihatnya sebagai perkembangan menggalakkan, bukti perbezaan ideologi politik tidak menghalang parti-parti siasah di negara ini berbincang.

“Ia (kesepakatan) itu sesuatu yang saya rasa positif, dapat menyeleraskan tarikh-tarikh secara bersama supaya PRN dapat diadakan serentak di keenam-enam negeri ini.

“Ini menunjukkan bahawa walaupun ada perbezaan (ideologi) politik dalam kalangan parti dan kerajaan negeri, ia tidak menggalang menteri besar dan ketua menteri duduk bersama dan capai kesepakatan dalam perkara penting seperti ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan dana bantuan kemanusiaan oleh komuniti perkapalan dan logistik Pelabuhan Klang kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria di Pelabuhan Utara, di sini hari ini.


Loke berkata, pembubaran DUN enam negeri dalam tempoh dua minggu terakhir Jun depan akan membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pelarasan sebelum menetapkan tarikh bersesuaian untuk PRN.

“Tarikh bubar DUN terpulang pada pimpinan negeri, apa yang penting pembubaran itu diselaraskan (dua minggu terakhir Jun) supaya PRN dapat diadakan serentak. Sama ada PRN pada Julai atau Ogos, itu terpulang kepada SPR.

“Yang penting enam negeri terbabit kena bubar DUN dalam kadar masa lebih kurang sama atau lebih baik (serentak) pada hari yang sama. Jika buat pada hari sama, ia sudah tentu memudahkan SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian kelak.

“Langkah ini tentu akan menjimatkan tenaga dan kos kepada SPR,” katanya.

Mengenai pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan terutama UMNO dan komponennya dalam Barisan Nasional (BN), beliau berkata, perkara itu belum dimuktamadkan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori