Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Gambar Tersebar...

BUTTERWORTH - Polis hari ini menafikan menahan seorang lelaki yang didakwa suspek kes...

2 Maut, 12 Selamat...

TAPAH - Dua maut manakala 12 lagi mangsa terselamat dalam nahas membabitkan tujuh...

Fynn Jamal Nafi Bakal...

SEPERTI yang semua sedia maklum, penyampai radio popular, Fara Fauzana baru-baru ini sudah...

Mahathir Luah Kesunyian, Ramai...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas...

Ribut Petir Di 10 Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri, malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memaklumkan ia melibatkan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpu, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor hingga pukul 7 malam ini.

“Ia dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Kelantan di Gua Musang dan; Terengganu di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.


“Turut melibatkan semua daerah, di Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka manakala di Johor di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan, cuaca sama turut dijangka melanda Pahang di daerah Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin hingga pukul 9 malam ini.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori