Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pemerdagangan Manusia: 20 Wanita...

SHAH ALAM - Seramai 20 wanita Kemboja dan Indonesia berusia 17 hingga 40...

Johor Berkabung 3 Hari,...

SUSULAN kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail, kesemua bendera...

“BR1M Bukan Untuk Membeli...

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi asal...

Menteri Agama Buat Ketetapan...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr...

Rizab Antarabangsa BNM RM503 Bilion Setakat 31 Disember

KUALA LUMPUR: Jumlah rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) ialah AS$114.6 bilion (RM503.3 bilion) setakat 31 Disember lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan satu (1.0) kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Mengulas lanjut Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata paras rizab antarabangsa negara dijangka mengukuh melalui lebihan penerimaan pertukaran wang asing yang dipengaruhi kegiatan teras ekonomi negara dalam jangka masa panjang.


“Dalam jangka masa panjang, paras rizab antarabangsa negara dijangka mengukuh melalui lebihan penerimaan pertukaran wang asing yang dipengaruhi oleh kegiatan teras ekonomi negara serta pasaran kewangan domestik dan antarabangsa yang stabil.

“Secara umumnya, paras rizab antarabangsa adalah dipengaruhi oleh aliran keluar masuk perdagangan, dana pelaburan dan portfolio,” katanya dalam jawapan bertulis, di Dewan Rakyat, di sini menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori