Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Stok Minyak Masak Peket...

MIRI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan...

97 Ditahan Dalam Operasi...

MELAKA - Sebanyak 97 orang dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah ditahan dalam operasi...

Memalukan – Ekonomi Kita...

Hari ini, kerajaan umum kadar pertumbuhan ekonomi bagi Suku 3 2021.Ekonomi Malaysia susut...

Sanchez ‘Terlepas’ Ujian Doping...

BINTANG baharu Manchester United, Alexis Sanchez dilaporkan pernah 'terlepas' ujian doping ketika berada...

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang didapati mencemar sungai dan punca air mentah ke loji rawatan air (LRA) jika pindaan dibuat kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia adalah antara cadangan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) terhadap akta berkenaan dalam usaha untuk menangani pencemaran air yang berleluasa, sehingga ia menyebabkan kekerapan berlaku gangguan bekalan air.

Ketika ini, akta berkenaan membawa hukuman denda maksimum RM100,000 terhadap mana-mana pihak didapati mencemar sungai yang menjadi bekalan air mentah.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman, berkata denda sedia ada tidak setara dengan impak pencemaran yang dilakukan.

“Denda RM100,000 mungkin sesuai pada 2006 ketika akta ini diwartakan. Bagaimanapun, dengan mengambil kira kepesatan pembangunan, peningkatan bilangan akaun pengguna serta kos operasi, perlu penilaian semula denda maksimum berkenaan,” katanya seperti dilaporkan New Straits Times.

Beliau berkata, selain hukuman yang lebih berat, pindaan itu juga membolehkan syarikat operator membuat tuntutan kepada pihak yang didapati mencemar sumber air mentah berkenaan.

“Pindaan lain akan membolehkan tindakan diambil terhadap mereka yang menimbulkan risiko atau menyebabkan sistem bekalan air terpaksa dihentikan atau gangguan kepada bekalan air.

“Pelepasan kumbahan, efluen, objek atau bahan dalam sebarang saluran perparitan juga akan menjadi satu kesalahan,” katanya.

Ketika ini ada dua undang-undang utama di peringkat Persekutuan yang membawa hukuman terhadap pihak yang melakukan pencemaran terhadap sumber air iaitu WSIA yang menangani pencemaran yang memberi kesan terhadap sungai dan sumber air yang berhubung dengan LRA serta Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 yang mengawal selia kesalahan yang memberi kesan kepada aliran air yang lain.

Akta Kualiti Alam Sekeliling dipinda tahun lalu untuk menambah penalti yang boleh dikenakan kepada denda maksimum RM10 juta bagi kesalahan seperti pencemaran air dan pembuangan bahan buangan berjadual secara haram.


Ahmad Faizal berkata, sebelum 2022, SPAN tidak terbabit secara langsung dengan isu pencemaran air berikutan ia berada bawah bidang kuasa kerajaan negeri serta agensi seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS). SPAN hanya boleh mengambil tindakan jika pencemaran memberi kesan kepada LRA dan bekalan air.

Bagaimanapun, katanya, peningkatan kes LRA terpaksa dihentitugas berikutan berlaku pencemaran menyebabkan SPAN memantau rapat dan mengenalpasti kawasan kerap berlaku pencemaran dengan bantuan operator pengeluar air, agensi perkhidmatan air negeri dan JAS.

Ahmad Faizal berkata, ketika ini suruhanjaya itu sedang menunggu kelulusan pindaan dicadangkan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) serta Pejabat Peguam Negara.

“Undang-undang sedang diperketatkan termasuk menetapkan jumlah denda yang lebih bersesuaian untuk mencerminkan pendirian serius Kerajaan serta SPAN dalam menangani pencemaran air. Melalui pindaan ini, kami berharap ia akan dapat menghalang pencemaran sungai,” katanya.

Antara cabaran yang dihadapi SPAN dalam menangani isu berkenaan adalah orang awam menggunakan sungai sebagai tempat pembuangan sampah.

“Ada dua cabaran utama. Yang pertama adalah untuk mendidik pengguna mengenai kesan pelepasan efluen terlarang ke sungai, terutama pihak industri yang beroperasi berdekatan aliran air.

“LRA tidak boleh merawat air sungai yang dicemari bau atau warna. Kerja pemulihan akan mengambil masa berhari-hari, memberi kesan kepada ekonomi dan aktiviti sosial kita,” katanya.

Cabaran kedua adalah mendidik masyarakat mengenai pengurusan air sisa basuhan (greywater) termasuk air basuhan pinggan mangkuk atau baju, yang seharusnya disalurkan ke sistem kumbahan dan bukannya secara terus ke dalam sungai atau aliran air.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori