Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PSM: Mahathir Pecah Belah...

KUALA LUMPUR - Tidak logik dengan sokongan Tun Dr. Mahathir Mohamad sahaja, maka...

Beruk Liar Dianiaya, Tangan...

SENSASI menerusi media sosial foto dan video seekor beruk liar dianiaya dengan tangan...

PAN Iktiraf Syahid Memali...

KUALA LUMPUR - Facebook rasmi Parti Amanah Negara (PAN) pada 18 November 2015...

Rakyat Malaysia Terima Subsidi...

Program rasionalisasi subsidi minyak akan dijalankan menerusi tiga peringkat, bergantung pada pendapatan bulanan...

Sarawak Fokus Pembekal Nanas Tempatan

MIRI : Keunikan varieti nanas tempatan Sarawak iaitu Gred Sarawak Gold (SG1) menjadikan tanaman tersebut mampu mendapat permintaan yang tinggi sekali gus menjadikan Sarawak pembekal nanas berkualiti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, tanaman nanas kini merupakan antara empat tanaman yang diberikan perhatian negeri ini selain pisang, kelapa dan durian.

“Salah satu adalah nanas selain pisang, kelapa dan durian. Nanas ini kedua terpenting selepas durian, dan sesiapa boleh tanam 20,000 pokok SG1 seekar.

“Malah dengan keluasan tanah yang ada di negeri Sarawak, industri nanas boleh ditanam dengan jumlah yang banyak memandangkan satu ekar sudah cukup untuk menanam sehingga 20 ribu buah pokok nanas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) negeri Sarawak, di sini hari ini.

Tambah Rundi lagi, kementeriannya juga akan meneruskan kerjasama dengan agensi terlibat bagi membentuk polisi khususnya dalam membantu menaik taraf kehidupan petani kecil yang tinggal di luar bandar.


“Saya berharap Jabatan Pertanian melalui Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), melalui AgroBank dan bantuan dari Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), kementerian saya iaitu Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), kita dapat melihat dan membetulkan polisi supaya kita dapat menarik taraf dan mengubah petani kecil yang tinggal di luar bandar.

“Tugas kita ialah kita tidak boleh membiarkan mereka ketinggalan selamanya. Mereka perlu diubah dan dinaik taraf agar mereka ada taraf hidup yang lebih baik dalam kehidupan mereka,” katanya.

Dedahnya, SG1 akan memberikan lebih banyak pilihan dan alternatif kepada pengusaha tanaman nanas dalam pemilihan jenis nanas yang mereka hendak usahakan mengikut permintaan setempat sekali gus turut memberi ruang kepada rakyat selaku pengguna akhir untuk memilih jenis nanas yang digemari.

Nanas SG1 mempunyai beberapa keunikan dan kelebihan seperti dapat ditanam secara berkepadatan tinggi sehingga 20,000 pokok untuk satu ekar, pertumbuhan yang cepat dan subur serta masa pembungaan yang lebih awal iaitu pada umur 6 bulan selepas ditanam, kadar kemanisan yang tinggi serta mampu mengeluarkan sulur yang banyak pada setiap pusingan.

Untuk pengetahuan, SG1 secara rasminya telah didaftarkan pada 13 Disember 2022 oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan direkodkan sebagai salah satu dalam senarai daftar varieti tumbuhan kebangsaan dengan nombor pendaftaran AC16 dengan singkatan nama SG1.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori