Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Olivier Giroud Tetap Pilihan...

ISTRA - Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menghabiskan sebahagian hari pertamanya di Russia dengan...

Mahmud Abu Bekir Berjaya...

KUALA LUMPUR - Anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu...

Mara Digital Mall Catat...

KUALA LUMPUR - Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Mara Digital Mall mencatat...

Geng Sidi Aktif Samun...

SEPANG - ‘Geng Sidi’ yang aktif menyamun kereta mewah dan klon kenderaan tumpas...

Sarjan Ditemukan Mati Dengan 3 Kesan Tembakan: Polis Telus, Tidak Lindung Sesiapa

Kuala Lumpur : Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung anggota polis berpangkat Sarjan ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang, 19 Februari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak polis membuka kertas siasatan SDR (kematian mengejut) dan polis sedang menunggu laporan perubatan bedah siasat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup atau melindungi salah laku mana-mana pihak, dan kita telus.. kita akan siasat sebaiknya untuk mengetahui punca sebenar,” katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengerusi Perkep Selangor.

Mendiang Sarjan Jana Milie, 51 ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di belakang Balai Polis Bayan Lepas.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa.


Acryl Sani turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sementara itu, mengulas mengenai mayat dikerat enam yang ditemui di Rawang, beliau berkata, kes itu juga masih dalam proses siasatan dan memohon mana-mana pihak yang ada maklumat tampil membantu polis.

“Walaupun ada yang menganggap ia tidak relevan tetapi mungkin dapat membantu pihak penyiasat tambahan mayat dijumpai di tempat yang tidak ada kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Harian Metro 17 Januari lalu melaporkan satu mayat yang dipotong enam bahagian ditemui di tepi jalan Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pagi tadi, berhampiran persimpangan Rawang Selatan.

Sebahagian keratan tubuh mangsa disumbatkan ke dalam beg bagasi manakala separuh bahagian badan ditemui di tepi jalan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori