Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

UPSI Bantu Tanam Minat...

TANJUNG MALIM — Arus pemodenan yang semakin pantas berkembang telah memperlihatkan minat belia...

Bapa Tertembak Anak Empat...

SEORANG bapa secara tidak sengaja tertembak anak lelakinya yang berusia empat tahun ketika...

Gedung Fesyen H&M Rosak...

PADAH... Gedung fesyen H&M di Johannesburg, Afrika Selatan telah diserang sebagai tindak balas...

VIDEO: Serangan Kutu Kepala...

Serangan kutu kepala bukanlah satu perkara pelik terutama dalam kalangan kanak-kanak.Biasanya kutu diperoleh...

‘Scam’ Kerja: Thailand Hanya Berurusan Dengan Kedutaan M’sia, PDRM

Pihak berkuasa Thailand hanya akan menyiasat maklumat yang diberikan oleh kedutaan Malaysia dan polis mulai sekarang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abdul Jalil Hassan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Abdul Jalil berkata ini kerana terdapat badan bukan kerajaan (NGO) mengambil kesempatan terhadap keluarga mangsa dengan meminta wang dan berpura-pura membawa mangsa pulang.

“Saya tidak menuduh semua NGO berbuat demikian, ada yang ikhlas mahu membantu mangsa dan bekerjasama dengan polis dan Kementerian Luar. Kami bersyukur.

“Bagaimanapun, segelintir NGO mengambil kesempatan terhadap waris mangsa dengan mengaut keuntungan daripada kesusahan mereka.

“Saya nasihatkan NGO ini supaya hentikan (buat begini),” katanya.

Abdul Jalil berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas kepulangan lima mangsa penipuan pekerjaan dari Thailand.

“Lima mangsa telah selamat sampai ke KLIA membawa hasil berjaya juga dalam misi menyelamatkan mangsa-mangsa job scammer atau penipuan kerja di luar negara khasnya daripada negara Thailand.

“Lawatan ini hasil usaha disusuli kejayaan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) bersama dengan Menteri Dalam Negeri (Saifuddin Nasuition) pada minggu lepas ke Thailand pada 19 Februari 2023.

“Hasil lawatan perdana menteri pelbagai perkara berjaya kita rungkaikan kejayaan membawa pulang lima orang mangsa penipuan kerja di Thailand,” katanya lagi.

Mangsa diselamatkan selepas delegasi bersama wakil polis, Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra serta Duta Besar Malaysia ke Thailand Jojie Samuel dihantar ke Thailand selama tiga hari, dari 16 Feb hingga 19 Feb.


Sementara itu, Abdul Jalil berkata dua agensi pekerjaan Malaysia kini disiasat di bawah Unit Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) polis.

Katanya, kedua-dua agensi yang menyamar sebagai syarikat sah itu dipercayai antara dalang sindiket penipuan rakyat Malaysia ke Thailand.

“Dua syarikat telah disiasat, kita nak tengok, mereka ini merekrut (warga asing juga) datang ke Malaysia sebagai pembantu rumah, buruh ladang.

“Mereka (agensi pekerjaan) ada lesen, dia orang ambil kesempatan eksport rakyat Malaysia (ke negara jiran),” jelas Abdul Jalil.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Luar Negeri dan pihak berkuasa Thailand akan terus menyiasat sindiket yang memangsakan rakyat Malaysia.

Jalil berkata 218 daripada 339 mangsa penipuan yang dikenal pasti terkandas di Laos, Kemboja, Filipina, Myanmar dan Thailand telah diselamatkan.

Baki 121 mangsa penipuan masih diklasifikasikan sebagai terkandas, katanya.

Di Thailand sahaja, tujuh daripada 26 mangsa telah dikembalikan ke Malaysia, dengan 19 masih berada di negara ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan undang-undang bagi melindungi rakyat Malaysia daripada ditipu oleh sindiket yang menawarkan pekerjaan palsu di luar negara.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori