Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Lagi Kluster Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti dua lagi kluster baharu...

Pakai Cincin Hidung, Kaka...

PENYANYI Kaka Azraff menerima kritikan hebat daripada 'keyboard warrior' apabila disamakan dengan lembu selepas...

Annuar Gembira Dapat Beri...

KUALA LUMPUR - "Saya berterima kasih kerana berpeluang memberi penjelasan atas banyak salah...

Pembangunan Kg. Baru Perlu...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pembangunan semula...

Selesai Segera Masalah Sekolah Daif Seluruh Negara – PM

PUTRAJAYA: Kerajaan kini menumpukan usaha untuk segera menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh Malaysia demi kebajikan anak-anak, sekali gus meningkatkan mutu pendidikan negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan kerajaan pimpinannya ialah memastikan semua sekolah bawah tanggungjawab kerajaan, akan diperbaiki mulai Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan pada 24 Februari ini.

Pada majlis minum petang bersama pemimpin kuil, di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini, Perdana Menteri memaklumkan justeru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, telah diarah menyenaraikan sekolah daif yang perlu diperbaiki.

“Tumpuan kita, tentu perbaiki mutu (pendidikan) dan menyelesaikan (isu sekolah daif) supaya jangan ada rakyat, baik orang Penan dan Dayak di pedalaman Sarawak, India di Ijok, Melayu di Manek Urai, termasuk kategori miskin.

“Jadi, saya beritahu menteri, mana saja sekolah daif harus disenaraikan tanpa kira jenis sekolah, daerah dan siapa pelajarnya. Tanggungjawab kita mulai tahun ini, akan memastikan tumpuan khusus untuk memperbaiki semua sekolah daif dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Anwar menjelaskan, tiada masalah untuk mempertahankan bahasa ibunda, namun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta bahasa kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, harus dikuasai dengan baik dalam kalangan semua rakyat kerana ia mencerminkan kesepakatan dan perpaduan.


“Kedudukan bahasa Melayu itu (adalah sebagai) bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, maka penguasaannya harus baik dalam kalangan semua rakyat, yang itu saya tidak marah langsung.

“Kalau ada sekolah aliran Cina, Tamil atau swasta di Malaysia menyatakan hendak kurang memberi tumpuan kepada bahasa kebangsaan, saya tidak akan izinkan,” katanya.

Namun, beliau berkata, penguasaan bahasa lain harus diberi sokongan kerana ia dianggap ilmu yang akan memberi faedah kepada negara.

Selain pendidikan, katanya, kemudahan kesihatan negara mesti dijamin tetapi kejayaan itu perlu mendapat sokongan dan kerjasama untuk menyelamatkan negara yang rosak akibat salah guna kuasa.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori