Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sari Yanti Selesa Solo,...

PELAKON cantik Sari Yanti yang kini berstatus solo masih lagi belum berfikir untuk...

Dua Datuk Didakwa Terima...

TAIPING - Dua ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Hazmat Bomba N.Sembilan Jalani...

PORT DICKSON - Seramai 35 anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba...

Mat Rempit Maut Dilanggar...

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki dipercayai mat rempit maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah bas ekspres di...

Sengaja Rempuh Tiang Demi Tuntutan Insurans

JAKARTA : Tular dalam media sosial sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta rasmi kerajaan berwarna merah merempuh tiang bangunan secara tidak sengaja.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor detik.com, kereta rasmi itu didakwa sengaja dirosakkan supaya tuntutan insurans boleh dibuat, walaupun tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa pengangkutan.

Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Padang Panjang, Albert Dewitra dilaporkan menggunakan kereta rasmi berkenaan.

Berikutan kekecohan itu, Datuk Bandar Padang Panjang, Fadly Amran memohon maaf kepada orang ramai yang berasa terganggu dengan video yang tular berkenaan.

Setiausaha Wilayah Padang Panjang, Sonny Budaya Putra berkata, pemandu terbabit dilihat sengaja merosakkan kereta rasmi kerajaan, BA 35 N yang berkaitan tuntutan insurans supaya kenderaan itu boleh dibaiki sepenuhnya.

Susulan kejadian vandalisme kereta rasmi kerajaan itu, Albert dikatakan dipindahkan tempat kerja.


Kereta tersebut ternyata merupakan salah satu kenderaan rasmi Kerajaan Bandaraya Padang Panjang yang tidak diinsuranskan.

Kenderaan itu tidak diinsuranskan kerana wujud dakwaan berlaku masalah kewangan serantau bagi pengendalian Covid-19 di Kota Padang Panjang.

Pada waktu ini, kereta jenis pikap rasmi yang rosak itu dibawa ke garaj mengikut peraturan yang dikenakan.

Sementara itu, semua kos pembaikan ditanggung oleh orang yang bertanggungjawab terhadap pengguna kenderaan rasmi iaitu Albert sendiri.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori