OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 51 askar terbunuh dalam serangan hendap terbaru oleh pemberontak di utara Burkina Faso, yang secara keseluruhan sudah meragut 160 nyawa setakat semalam.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
“Serangan terbabit berlaku pada hari Jumaat di wilayah Oudalan berhampiran sempadan bergolak dengan Mali dan Burkina Faso.
“43 mayat baharu ditemukan, meningkatkan jumlah kematian tentera kepada 51 orang.
“Operasi serangan diteruskan dengan memperhebatkan unit tindakan udara, yang akan menyerang serta memusnahkan peralatan mereka,” katanya menerusi kenyataan.
Serangan itu berlaku ketika kira-kira 400 anggota tentera pasukan khas Perancis bersedia meninggalkan Burkina Faso, sebulan selepas kerajaan junta tentera mengarahkan mereka berbuat demikian, menyusuli langkah sama diambil kerajaan Mali, yang juga diperintah diktator tentera.
Negara Afrika Barat itu sudah tujuh tahun bergelut dengan keganasan oleh kumpulan militan dikaitkan kepada Al-Qaeda dan Daesh.
Burkina Faso sedang memerangi pemberontakan yang bermula dari negara jiran Mali, pada 2015.
Keganasan itu menyebabkan lebih 10,000 kematian dan kira-kira dua juta orang hilang tempat tinggal.
BHonline-