Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Khai Bahar Nafi Beli...

PADA mulanya hanya dikenali di aplikasi nyanyian Smule, namun kini nama Khai Bahar...

VIDEO: Pencerahan Video Sensasi...

KECOH di media sosial hari ini apabila sebuah video yang memaparkan seunit iPhone...

Piala AFF Suzuki: Jangan...

KUALA LUMPUR - Penyokong skuad bola sepak negara dinasihatkan supaya tidak membeli tiket...

Ketepikan Dulu Isu Ronnie,...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul...

Singapura, Malaysia Komited Kongsi Kepakaran Bidang Pertanian Moden

PETALING JAYA : Singapura dan Malaysia komited berkongsi kepakaran dalam membangunkan pertanian moden dan aplikasi teknologi pintar dalam sektor pertanian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dua perkara itu adalah isi penting yang dibincangkan semasa kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), baru-baru ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, pertemuan itu penting bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam sektor pertanian khususnya berkaitan perdagangan agromakanan.

Menterinya, Mohamad Sabu turut menyatakan bahawa kestabilan bekalan makanan adalah isu global dan perlu ditangani bersama oleh Malaysia dan Singapura.

“Dalam masa yang sama, Malaysia turut mempelawa Singapura untuk bersama-sama meningkatkan bekalan makanan melalui pelaburan dalam sektor pertanian moden di Malaysia.

“Singapura juga bersedia untuk berkongsi teknologi dan kepakarannya dalam bidang pertanian pintar,” kata kenyataan itu.


Singapura merupakan rakan dagang pertanian yang penting untuk Malaysia.

Untuk rekod, daripada Januari hingga Oktober 2022, nilai perdagangan dalam sektor pertanian di antara Malaysia dan Singapura adalah berjumlah RM15.99 bilion.

Kedua-dua negara bersedia untuk memberikan komitmen bagi memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan matlamat untuk menjamin sumber bekalan makanan yang mampan dan berterusan.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS dan pegawai-pegawai kanan MAFS serta wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori