Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Amar Asyraf Bosan Dengan...

PELAKON Amar Asyraf memberitahu dirinya kini sudah bosan dengan industri seni tempatan kerana...

Individu Divaksin Di Luar...

KUALA LUMPUR - Individu sudah menerima dos lengkap di luar negara perlu melaporkan...

Hanya 38 Hari Udara...

PARAH... Ibu kota Vietnam, Hanoi menikmati sebulan lebih udara bersih tahun lalu dengan...

Agong Akui Gol Goulon...

KUALA LUMPUR - Jaringan menarik pertahanan import Pahang, Herold Goulon ketika membantu kejayaan...

SPRM Terbuka Dengan Cadangan Lantikan Ketua, Pegawai Kanannya Dibuat Parlimen

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka dengan cadangan pelantikan ketua dan pegawai kanan agensi itu diletakkan di bawah Parlimen, seperti yang disuarakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya terbuka dengan cadangan pembaharuan itu, namun setakat ini agensi penguatkuasaan itu masih belum dipanggil untuk terbabit dalam perbincangan berkaitan perkara itu.

“Terpulang kepada reformasi yang dilakukan kerajaan. Namun, setakat ini, SPRM masih tidak mengetahui terma dan mekanisme yang akan dilakukan.

“Kita sentiasa terbuka dan tiada sebarang isu. Kita juga bersedia memberi pandangan,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas kenyataan Johari yang berkata, beberapa pembaharuan akan dilaksanakan bagi memperkasakan Parlimen, termasuk penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, yang bertanggungjawab terhadap lantikan pegawai kanan kerajaan di agensi ‘sensitif’ seperti SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Johari dalam temu bual eksklusif bersama BH berkata, pemilihan ketua agensi ‘sensitif’ itu terus di bawah Parlimen adalah kaedah terbaik untuk memastikan badan berkenaan bebas, selain tidak condong memihak kepada individu atau pihak tertentu.


“Permintaan ke arah itu sudah lama dibuat dan saya amat setuju beberapa jawatan penting mesti diletakkan di bawah Parlimen. Di bawah Parlimen maksudnya bukan menjadi tanggungjawab Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi di bawah tanggungjawab Parlimen.

“Antara jawatan (sensitif) itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, SPR, selain empat hingga lima jawatan agensi lain. Kita kena tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menjadikannya realiti,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, ketika dihubungi BH menerusi WhatsApp, enggan mengulas perkara itu.

Sebelum ini, terdapat gesaan daripada pelbagai pihak supaya SPRM, SPR dan pemilihan ketuanya diletak terus di bawah kuasa Parlimen bagi memastikan urusan agensi itu lebih bebas, telus dan tidak dituduh berat sebelah dalam sebarang keputusannya.

Antara pihak yang menggesa pembaharuan itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, selain Transparency International Malaysia (TI-M).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori