ANTAKYA: Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria meningkat kepada hampir 44,000 orang dan harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin pudar.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Sehingga kini, jumlah kematian di Turkiye dicatatkan sebanyak 38,044 orang dan di Syria mencecah 5,800 orang.
Agensi bantuan Turkiye, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) menyatakan, jumlah mereka yang cedera juga meningkat iaitu kepada 108,068 orang.
Pengarah umum gempa bumi dan pengurangan risiko AFAD, Orhan Tatar, berkata, terdapat kira-kira 4,700 gegaran susulan sejak gempa bumi kuat melanda minggu lalu iaitu satu gegaran bagi setiap empat minit.
Katanya, kebanyakan gempa susulan dirasakan semua penduduk dan menimbulkan trauma yang teruk sehinggakan majoriti penduduk yang terselamat memilih untuk tidur di dalam khemah dan tempat terbuka.
“Kebanyakan gempa susulan ini boleh dirasai. Kira-kira 40 daripadanya berada di atas 4 magnitud,” katanya.
Pada 6 Februari, gempa bumi kuat melanda tenggara Turki dan utara Syria, yang pertama berukuran 7.8 magnitud dan yang kedua berukuran 7.5 magnitud yang meranapkan ribuan bangunan.
UtusanOnline-