Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Didakwa Abaikan Rawatan Anak

SUAMI isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini terhadap tuduhan...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat...

Impian Pesakit Kanser Jadi...

KUALA LUMPUR - Walaupun kelihatan terkejut dengan layanan yang diterima, namun Harith Maisara...

Dua Nyawa Melayang Angkara...

PORT DICKSON : Kegembiraan enam remaja yang dalam perjalanan untuk bersiar-siar di Seremban,...

TERKINI: Gempa Bumi Turkiye, Syria: Jumlah Korban Melepasi 9,600 Orang

HATAY: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Turkiye dan Syria, sudah meningkat melebihi 9,600 orang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor Al Jazeera, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Turkiye mengesahkan seramai 7,108 orang terkorban dalam tragedi gempa bumi di negara itu.

Jelas agensi itu, sekurang-kurangnya 37,011 penduduk pula mengalami kecederaan.

Sementara itu, perkhidmatan penyelamat, White Helmet mengesahkan sekurang-kurangnya 1,280 orang terbunuh di Syria akibat gempa bumi dan beberapa gegaran susulan.

Menurut agensi penyelamat itu, angka kematian itu dijangka meningkat dengan ketara berikutan terdapat ratusan keluarga lagi masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat bencana itu.


Dilaporkan, sekurang-kurangnya 1,250 orang terkorban di beberapa kawasan di bawah kawalan kerajaan Syria.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan bahawa angka korban akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria boleh melebihi 20,000 mangsa.

Pegawai kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood berkata, jangkaan itu berdasarkan pemerhatian agensi itu terhadap kes terdahulu yang melibatkan kejadian bencana gempa.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori