Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Banjir: Penduduk Puji Tindakan...

TAMPIN - Kecekapan agensi kerajaan menghulurkan bantuan dan memastikan langkah keselamatan untuk penduduk...

Depp Dapat Gaji Penuh...

LONDON - Aktor Johnny Depp, 57, akan menerima bayaran penuh sekurang-kurangnya RM41 juta...

Kepimpinan Bertenaga Perlu Untuk...

KUALA LUMPUR - Kepimpinan yang bertenaga tinggi dan berkekalan merupakan suatu keperluan yang...

14 Kes Kematian, 212...

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat kes kematian koronavirus...

Tiga Ditahan Bantu Siasat Kes Mayat Lelaki Maut Ditetak

SEPANG – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berkaitan penemuan mayat lelaki disyaki dibunuh yang ditemukan terapung di tasik belakang Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya, di sini, pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 23 tahun dan 41 tahun di sebuah rumah di Kampung Sri Aman Puchong, pada jam 8 malam, hari yang sama.

“Kita merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Wan Kamarul Azran berkata, polis turut merampas sebilah parang di sebuah kandang lembu di bawah jejambat di Lebuhraya Lingkaran Putrajaya-Cyberjaya pada jam 12.05 tengah malam, Isnin.

“Hasil soal siasat, polis menahan seorang lagi suspek berusia 52 tahun di Taman Puchong Prima, Puchong, jam 2.30 pagi hari sama.

“Kita turut merampas sehelai seluar yang didapati ada kesan darah dan sehelai baju lengan panjang,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan itu bekerja di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Sri Aman Puchong.


“Suspek berusia 41 tahun itu tinggal serumah dengan mangsa serta pernah membantunya untuk membersihkan kandang lembu berkenaan,” katanya.

Pada Ahad, media melaporkan seorang lelaki maut dipercayai ditetak sebelum mayatnya dibuang ke dalam tasik di belakang masjid berkenaan.

Wan Kamarul Azran dilaporkan berkata, pemeriksaan dijalankan turut menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terjunam di lokasi kejadian.

Mayat ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian baju T berwarna hitam dan berseluar jeans serta bertali pinggang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori