PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan dan Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan orang ramai mengambil peluang pergi bercuti dan pulang ke kampung sempena cuti sekolah yang bermula Jumaat lalu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Kesesakan trafik di KLK dilaporkan sesak sejak pukul 6 petang tadi ekoran penambahan kenderaan di lebuh raya.
Menerusi akaun Facebook, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), pihaknya memaklumkan kenderaan bergerak perlahan sepanjang 1.4 kilometer (km) di Bentong, 7.4 km dari Lentang ke Bukit Tinggi.
“Trafik juga dilaporkan perlahan sepanjang 13km dari Tol Plaza Gombak arah barat ekoran penambahan kereta menghala ke Kuala Lumpur.
“Walau bagaimanapun, di LPT 1, trafik kelihatan lancar disepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” katanya.
-Kosmo Online