Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

12 Tertuduh Sokong LTTE...

KUALA LUMPUR - Dua belas individu yang didakwa menyokong LTTE termasuk ADUN Gadek,...

Punca Kematian Warga China...

BESUT - Pakar Perubatan Forensik Kuala Terengganu mengesahkan kematian seorang warga China di...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di...

“Suara Tidak Matang Pemuda...

1. Ketua Pemuda Pakatan Harapan, YB Syed Saddiq dilihat terburu-buru dan membuat kenyataan...

Vape, Shisha Elektronik Haram Di Thailand

BANGKOK – Seorang peguam memberi amaran kepada pelancong bahawa mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda berat sekiranya didapati memiliki rokok elektronik termasuk vape di Thailand, lapor akhbar The Nation Thailand.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ronnarong Kaewpetch mengulas isu tersebut selepas kekeliruan orang ramai terhadap kes polis Bangkok yang didapati bersalah mengambil rasuah daripada seorang aktres Taiwan.

Dua pegawai polis berpangkat kapten polis dan lima orang sarjan dari balai Huay Kwang berdepan dakwaan tatatertib dan jenayah selepas menahan aktres, Charlene An kerana membawa vape pada 5 Januari lalu sebelum meminta wang sebanyak 27,000 baht (RM3,491).

Pengguna media sosial di Thailand keliru dengan penahanan Charlene An apabila peranti vape tersedia dan digunakan secara meluas di negara itu.

Ronnarong malah memberi amaran bahawa mereka yang ditangkap menghisap vape boleh dipenjara lima tahun dan dikenakan denda empat kali ganda berbanding harga peranti itu.


Tambah beliau, perbuatan menghisap vape di khalayak ramai melanggar Seksyen 42 akta kawalan tembakau yang membawa hukuman denda 5,000 baht (RM646).

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Thailand mengharamkan import peranti rokok elektronik, shisha dan shisha elektronik pada 2014, yang juga meliputi cecair vape.

Perbuatan mengimport peranti atau cecair vape adalah melanggar Seksyen 20 akta import/eksport yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan/atau denda lima kali ganda nilai barangan.

Lembaga Perlindungan Pengguna juga mengharamkan penjualan peranti itu pada 2015 dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan/atau denda 500,000 baht (RM64,643) menanti mereka yang didapati bersalah.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori