Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengumuman Penting PKR Jam...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka membuat satu pengumuman...

PKP Atau PKPB Ambil...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat...

Henti Operasi Harimau Berlegar...

NEW DELHI - Pembuat kereta terbesar India, Maruti menghentikan operasi sebuah kilangnya selepas...

Istana Anak Bukit Tenang,...

ALOR SETAR - Alunan ayat-ayat suci al-Quran memenuhi ruang legar Istana Anak Bukit...

Wallahi Saya Tidak Terima Satu Sen – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak pernah menerima bayaran sehingga RM300 juta daripada kontraktor di bawah projek Jana Wibawa dan menganggap tuduhan ke atas beliau sebagai tidak berasas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan demikian selepas ditanya mengenai sesi soal siasat yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke atasnya, Sabtu lalu.

“Ketika itu negara dilanda pandemik Covid-19 dan yang paling teruk terkesan adalah pihak-pihak kontraktor bumiputera yang amat memerlukan bantuan. Idea itu datang daripada Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz kepada saya dan saya setuju. Ia kemudian dibawakan kepada Kabinet. Kabinet mendapat kelulusan.

“Wallahi, saya tidak terima satu sen pun. Saya beritahu SPRM bahawa saya tidak mengenali mana-mana kontraktor itu dan pada masa itu, Kementerian Kewangan yang membawa masuk senarai kontraktor.

“Nama-nama kontraktor itu adalah kontraktor yang mendapat kelulusan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bertaraf tiga hingga lima bintang, ada lebih kurang 54 syarikat,” katanya ketika ditemui di Mid Valley Megamall hari ini.

Beliau hadir ke pusat beli belah itu bagi melancarkan kempen derma darah sempena ulang tahun yang ke-20 Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation.

Jelas Muhyiddin, sekiranya SPRM mahu maklumat lanjut, mereka boleh memanggil Menteri Kewangan pada masa beliau mentadbir negara.

Semalam, SPRM memaklumkan bekas Perdana Menteri itu sudah memberi keterangannya berhubung siasatan membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) kepada agensi pencegahan rasuah itu di Putrajaya.


Bersatu sebelum ini dilaporkan menerima hingga RM300 juta daripada kontraktor sebagai dana politik susulan persetujuan dibuat dengan beberapa pemimpin parti, termasuk mereka yang berkhidmat di bawah pentadbiran Muhyiddin ketika itu.

Difahamkan, lebih 15 individu termasuk pemimpin Bersatu dan pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM untuk dirakamkan kenyataan.

Berkongsi mengenai pengalaman disoal siasat, Muhyiddin berkata, beliau sempat bertanya kepada pegawai SPRM itu sama ada beliau pernah mempunyai rekod kes rasuah.

“Saya tanya pegawai itu adakah saya suspek tetapi dia maklumkan saya bukan suspek tetapi hanya membantu siasatan. Saya yakin telah berikan kerjasama yang baik. Saya juga sempat tanya ada rekod saya ini terlibat dengan rasuah sebelum ini? Rekod yang dulu-dulu semua pernah ada saya terlibat begitu?

“Sudah hampir 50 tahun saya terlibat dengan politik dan saya tahu rekod bersih. Saya tidak pernah terlibat dengan kegiatan rasuah,” katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya jika beliau mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang berkaitan tuduhan yang dibuat ke atasnya ini namun ia bukan keutamaan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori