Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

“Tatu Tetap Haram Walaupun...

SEKARANG seperti sudah menjadi 'trend' tersendiri bagi anak muda masa kini yang gemar...

Mak Aiii, Besarnya Mesin...

Tuu diaa....Rupa mesin larian senaman gergasi yang telah dicipta dan dihasilkan di negara...

Paluan Gendang Pampat ‘Seru...

MARUDI: Setiap kali penyandang Ahli Dewan Undangan (ADUN) berkunjung ke rumah-rumah panjang masyarakat...

3 Maut, 26 Cedera...

KUCHING - Tiga yang maut dalam kejadian letupan di lombong arang batu di...

Zahid Tak Pernah Minta Saya Gugurkan Kes – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata timbalannya Zahid Hamidi tidak pernah campur tangan dalam pertuduhan rasuah terhadapnya di mahkamah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Malah, kata Anwar, Zahid juga tidak memintanya berbuat demikian.

“Kita mesti lihat prosesnya.

“Dia tak pernah minta saya gugurkan kes,” katanya kepada Thai PBS.

Dalam wawancara eksklusif dengan media negara jiran itu, Anwar ditanya berkaitan kerjasama dengan Zahid yang terpalit kes rasuah ketika pada masa sama mahu menangani isu itu.

Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Pada 23 September tahun lepas, dia dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).


Sementara itu, Anwar berkata kerajaan tetap menjadikan tadbir urus yang baik sebagai agenda.

Menegaskan Zahid “akan melalui prosesnya”, Anwar berkata seseorang itu tidak patut diburuk-burukkan ketika seluruh sistem telah korup.

Dia juga membidas pembangkang kerana membangkitkan isu itu.

“…ketika pembangkang berteriak soal rasuah, tiap hari meratip tentang rasuah, tetapi beri kontrak 100 juta kepada anak menantu dan kroni.

“Jadi saya kata, kalau kamu betul nak tanganinya, kena ada ketelusan,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori