Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Halang Anak Masuk Rumah...

JOHOR BAHRU : Polis menahan sepasang suami isteri yang menghalang anak mereka yang...

Bayaran Kontra Kembalikan Semula...

JITRA – Kaedah bayaran secara kontra antara langkah yang akan diambil kerajaan untuk...

Pensyarah Dipenjara Minta Habuan...

LAGOS -Gara-gara meminta habuan seks dari pelajar wanita yang terdesak mendapatkan markah tinggi,...

Malaysia Perlu Persediaan Rapi...

KUALA LUMPUR - Aspek kesiapsiagaan bagi mendepani norma baharu kehidupan merupakan perkara yang...

19,266 Calon UPKK 2022 Raih 8A

PUTRAJAYA: Seramai 19,266 daripada 234,931 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 berjaya mencatat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mata pelajaran terbabit ialah Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab (Akhlak Islamiah); Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam; serta Amali Solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata 88 peratus calon mencatat lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.99 mata.

Beliau berkata, kadar lulus bagi mata pelajaran Amali Solat ialah 100 peratus, diikuti Bidang al-Quran dan Penghayatan Cara Islam masing-masing 99 peratus; Jawi dan Khat (88 peratus); Adab (82 peratus); Ulum Syariah (79 peratus); serta Sirah dan Lughatul Quran masing-masing 78 peratus.

“Pencapaian ini menunjukkan kejayaan murid dalam menguasai ibadat solat, mengamalkan cara hidup Islam dan tilawah al-Quran dalam kehidupan harian,” katanya pada majlis pengumuman keputusan UPKK 2022, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Na’im berkata, terdapat sedikit penurunan peratusan lulus keseluruhan dan yang mendapat keputusan 8A berbanding UPKK 2019.

Namun, beliau menjelaskan, prestasi UPKK 2022 tidak boleh dibandingkan dengan 2021 kerana peperiksaan pada tahun itu dibuat menggunakan modul berbeza.


Katanya, UPKK 2019 merekodkan seramai 44,066 pelajar daripada 223,705 calon yang menduduki peperiksaan itu mendapat 8A dengan 93 peratus lulus keseluruhan.

“Faktor pembelajaran dalam talian dan jumlah ketidakhadiran calon yang tinggi, iaitu 8,921 orang, antara faktor menyumbang kepada penurunan prestasi UPKK 2022.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan ‘post mortem’ (pascanilai) bagi mencari punca dan penyelesaian kepada masalah jumlah ketidakhadiran yang tinggi bagi UPKK 2022,” katanya.

Seramai 464,605 calon, iaitu 222,528 murid Tahun Enam dan 242,077 lagi Tahun Lima, mengambil peperiksaan Modul Penilaian KAFA Tahun 2021 dengan sebanyak 95.37 peratus lulus keseluruhan.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, kemenjadian murid bukan diukur daripada jumlah A diperoleh, namun berdasarkan amalan dan cara hidup Islam yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian yang semakin mencabar.

“Harapan kami agar murid-murid yang mengikuti kelas KAFA menjadi tonggak dan permata yang akan menyemarakkan lagi syiar Islam pada masa akan datang,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori