Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Manusia Tak Bertamadun! Kerat...

China – Pengemis di negara ini kini menggunakan taktik baru bagi mendapatkan simpati...

Kadar Kapasiti PKRC Seluruh...

IPOH - Kadar kapasiti penggunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC)...

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Kabinet

PUTRAJAYA - Selepas menoktahkan mengenai kedudukan menteri UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN),...

Lapan Mangsa LRT Bertembung...

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas...

21 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Taiwan

TAIPEI: Taiwan mendakwa sebanyak 21 pesawat tentera udara China menceroboh ruang udara negara itu dalam tempoh 24 jam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Beijing berkenaan terbang di kawasan pertahanan udaranya buat kali kedua.

Jelas kementerian, sebanyak 17 jet pejuang J-10 dan empat pejuang J-16 terbang ke arah barat daya zon pengenalan pertahanan udara Taiwan.

Menurut kementerian, pesawat J-10, model yang mula beroperasi dua dekad lalu, dilaporkan terbang lebih dekat ke pantai China berbanding Taiwan.


“Pesawat J-16 pula terbang di kawasan di timur laut Taiwan,” jelas kenyataan itu.

Tambah kementerian, sebanyak 19 pesawat lagi dikesan di kawasan yang sama semalam.

Semalam, Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan 19 pesawat China terbang di zon pertahanan udara negara itu, disusuli penerbangan 21 pesawat pada hari ini.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori