ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 22 pendatang maut apabila bot mereka karam di luar pantai Madagascar, lapor pihak berkuasa maritim.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pihak berkuasa maritim Madagascar dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku Sabtu lalu namun operasi menyelamat diteruskan untuk mencari dua orang yang masih hilang.
“Seramai 47 orang menaiki bot secara rahsia menuju ke wilayah Mayotte yang berada di bawah pengawasan Perancis tetapi bot itu karam.
“23 penumpang dapat diselamatkan sementara 22 mayat ditemui,” katanya.
Hampir setiap tahun, ratusan pendatang cuba menyeberang laut untuk sampai ke wilayah Mayotte yang terletak di utara Madagascar di Lautan Hindi.
Menurut pihak berkuasa Perancis, pada tahun 2021, lebih 6,500 orang ditahan kerana cuba memasuki wilayah itu secara rahsia.
Tiada statistik lengkap tentang jumlah sebenar pendatang yang kehilangan nyawa dalam percubaan lintasan sedemikian.
Laporan Senat Perancis yang diterbitkan pada awal 2000-an menganggarkan kira-kira 1,000 orang maut setiap tahun ketika itu akibat menyeberang ke wilayah Mayotte.
UtusanOnline-